Kawal perbelanjaan harian dengan bantuan TouchStyle

Share Button

Setakat enam bulan pertama untuk tahun ini sahaja sudah lebih 4,000 rakyat Malaysia berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis, menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia. Bimbang dengan keadaan ini, Bank Rakyat telah melancarkan aplikasi TouchStyle yang diharapkan dapat membantu individu tidak kira usia untuk mengawalselia perbelanjaan harian serta mula menabung untuk masa depan mereka.

TouchStyle sangat mudah digunakan malah aplikasi ini percuma untuk dimuat turun ke peranti Android dan iOS. Bukan sekadar alat promosi produk Bank Rakyat, aplikasi ini menawarkan fungsi utama iaitu memberi pengguna peluang untuk merekod pendapatan dan perbelanjaan dengan mudah.

Bermula dari ‘Dashboard‘ yang dipaparkan di antara muka utama, pengguna perlu memasukkan nilai pendapatan bulanan kemudian merekod perbelanjaan harian melalui icon Edit Monthly Expense. Yang menarik mengenai TouchStyle ialah Insight, dimana pengguna akan dapat melihat di mana mereka terlebih belanja. Turut dianalisis ialah peratusan pendapatan yang tinggal untuk dibelanjakan. Ada juga fungsi Calculator untuk mencongak sama ada pengguna mampu membuat pinjaman perumahan atau peribadi dengan Bank Rakyat.

antramauka TouchStyle

TheSkop paling suka dengan fungsi Goals. Fungsi ini memberi pengguna inspirasi untuk menabung, tak kisah lah untuk hari tua, kereta antik mahupun percutian ke Antartika, yang penting Goals menggalakkan anda untuk meletakkan beberapa peratus wang anda setiap bulan untuk tujuan yang anda tetapkan.

Selain daripada menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih prihatin ketika berbelanja, Bank Rakyat juga bakal memperkasakan setiap pekerjanya dengan app yang dipanggil Poket. Poket memberi penggunanya maklumat tentang kesemua produk Bank Rakyat supaya kesemua pekerja Bank Rakyat boleh menjadi tempat rujukan pantas bagi rakan-rakan dan saudara mara mereka. Muat Turun TouchStyle di Apple AppStore atau Google Play Store.

TouchStyle di iPhone

Apa komen anda?