Kamera berputar dan pengimbas capjari di sisi Honor 7i

Share Button

Nampaknya gelaran kamera boleh putar tidak lagi eksklusif untuk OPPO siri N, kerana Huawei melalui jenama mampumiliknya mengumumkan telefon pintar Honor 7i, dengan kamera belakang yang boleh diputar ke depan. Apa yang berbeza, Honor 7i tidak memiliki kamera depan, semuanya dilakukan dari satu kamera sahaja, yang boleh diputar dari belakang ke depan.

Honor 7i kiri kanan depan belakang

Dengan hanya satu kamera sahaja, ini boleh menjimatkan ruang, malah memastikan kualiti gambar yang sama hebat untuk selfie juga. Rekaanya kelihatan tahan lasak, di mana Huawei menyatakan, kamera ini boleh bertahan diputarkan sehingga 2 tahun, dengan putaran 136 kali sehari. Malah, ia boleh menahan tekanan sehingga 50 kilogram.

Honor 7i kamera putar dan pengimbas capjari

Kamera utama yang ada pada Honor 7i ini menggunakan sensor BSI keluaran Sony dengan resolusi 13MP serta apertur F2.0. Ia turut dilengkapi dwi-tona LED Flash. Huawei juga menyertakan pengimbas capjari pada Honor 7i, yang terletak di sisi kiri telefon.

Honor 7i pengimbas capjair di sisi

Honor 7i mempunyai kerangka besi aluminium, dengan kaca di depan dan belakang. Ia mempunyai skrin sebesar 5.2-inci HD Penuh, dan dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 616. Ia datang dalam dua model. Model pertama dilengkapi 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Manakala model kedua pula mempunyai 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Honor 7i menggunakan antaramuka EMUI 3.1 yang dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 7i akan dijual di China bermula 1 September 2015, pada harga RMB1899 (~RM1259) bagi model 3GB RAM dan 32GB storan. Sementara itu, Honor 7 yang diperkenalkan lebih awal, akan dilancarkan di peringkat antarabangsa, bertempat di London pada minggu ini.

 

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?