Kalau nak main kasar guna Panasonic Toughbook dan Toughpad

Share Button

Nak tahan lasak, gunalah Toughbook dan Toughpad dari Panasonic. Syarikat ini baru sahaja melancarkan dua model notebook dan satu model tablet yang dihasilkan khas untuk pengguna yang memerlukan peranti pengkomputeran tahan lasak. Toughbook CF-MX4 dan CF-54 serta Toughpad FZ-X1 kini berada di pasaran Malaysia, dengan masing-masing mempunyai harga permulaan USD2,349 (~RM9,939), USD1,949 (~RM8,243) dan USD1,499 (~RM6,340).

Toughbook CF-MX4 hadir dengan spesifikasi seperti prosesor Intel Core i5-5300U vPro, Windows 8.1, skrin IPS dengan resolusi HD Penuh 1920×1080, GPS, jalur lebar mudah alih dan pek bateri kedua dengan sokongan hot-swap. Toughbook ini dibina mengikut standard ketenteraan MIL-STD 810G, serta turut dilengkapi pen stylus.

Panasonic Toughbook CF-MX4 3 mode

Toughbook CF-54 juga dibina mengikut standard ketenteraan MIL-STD 810G, dan dilengkapi panel LCD 14 inci HD Penuh 1920×1080, CPU Intel Core i5-5300U vPro, serta badan aloi magnesium. Kedua-dua Toughbook ini menawarkan 4GB RAM, namun CF-MX4 lebih ringan pada 1.14kg manakala CF-54 pula seberat 2.1kg.

Panasonic Toughbook CF-54 tutup dan buka

Kalau berat badan peranti merupakan isu penting, Toughpad mungkin lebih sesuai. Toughpad FZ-X1 menawarkan kuasa CPU Qualcomm S4 Pro 4-teras berkelajuan 1.7GHz, panel HD 5 inci, 2GB RAM dan juga 32GB storan dalaman. Toughpad FZ-X1 menggunakan sistem operasi Android. Ia juga dilengkapi rangkaian 3G, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, HDMI, serta kamera belakang 8MP dan bateri sebesar 6200mAH. Yang penting, peranti ini terlindung dari impak, gegaran, altitud dan kelembapan ekstrim, malah jika terendam dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit sekalipun, tak ada masalah.

Panasonic Toughpad FZ-X1 depan kiri kanan

Maklumat lanjut mengenai produk-produk yang tahan lasak ini boleh didapati dengan melayari lamanweb www.panasonictoughbook.asia

Dalam pada itu, Panasonic juga melancarkan pusat konfigurasi Panasonic Toughbook yang terletak di Johor, untuk memenuhi permintaan bagi produk mereka bagi pasaran Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

 

Apa komen anda?