Google kini diambilalih sepenuhnya oleh Alphabet

Share Button

Hari ini, CEO Google, Larry Page mengumumkan penubuhan syarikat baru yang akan mengambilalih Google sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet. Syarikat Alphabet ini diterajui oleh CEO yang sama, Larry Page dan dibantu oleh Sergey Brin, yang juga pengasas bersama Google, sebagai Presiden Alphabet.

Langkah ini sebenarnya adalah proses untuk mengembangkan lagi syarikat gergasi Google. Tetapi Larry mengambil langkah yang berbeza, dengan mengecilkan Google dan menyerapkannya di dalam sebuah syarikat lain.

Logo G untuk Google

Menurut Larry, Alphabet adalah sebuah syarikat besar, yang mempunyai banyak syarikat naungan di bawahnya. Syarikat paling besar dibawahnya, sudah pastilah Google itu sendiri. Setiap syarikat ini akan mewakili satu abjad, dengan Google mengambil abjad G. Google akan terus memfokuskan kepada produk utama internet, dan Alphabet akan mengembangkan sektor lain seperti aspek kesihatan menerusi syarikat Life Sciences, atau syarikat Calico. Larry yakin, cara ini dapat membantu mengembangkan syarikat, dengan menjalankannnya secara sendirian, di luar Google.

Alphabet adalah sejenis perniagaan yang menekankan pergerakan sendiri menerusi kepimpinan yang kukuh. Ini bermakna, setiap CEO syarikat di bawah Alphabet akan berjalan sendiri, dengan kemunculan Larry atau Servey bila diperlukan sahaja.

Dengan perubahan baru ini, Google akan diterajui oleh CEO baru, iaitu Sundar Pichai. Sundar telah membuktikan kemampuannya menerajui Google menerusi pelbagai inovasi baru, antaranya yang menarik perhatian ramai seperti Google Photos dan Google Now. Manakala Youtube, akan terus diterajui oleh CEO sedia ada, iaitu Susan Wojcicki.

googleMY

Dari aspek dagangan awam di papan bursa pula, Alphabet Inc. akan menggantikan Google Inc. dan semua saham dari Google akan dipindahkan kepada jumlah yang sama di saham Alphabet. Google akan menjadi syarikat subsidiari sepenuhnya di bawah Alphabet. Dua kelas saham di bursa saham Nasdaq akan diteruskan dagangan menerusi nama GOOGL dan juga GOOG. Alphabet kini mempunyai lamanweb di alamat http://abc.xyz

Pasti ramai tidak sabar menantikan senarai penuh syarikat di bawah Alphabet ini kelak. Apakah kejutan yang mungkin dibawakan Alphabet selaku penaung Google kelak?

[SUMBER]

Trackbacks

  1. […] ini mengumumkan pembaharuan logo mereka. Ini boleh dikatakan langkah besar pertama selepas Google diambilalih oleh Alphabet. Kali terakhir Google membuat perubahan pada logo mereka, ialah pada September […]

  2. […] post Google kini diambilalih sepenuhnya oleh Alphabet appeared first on […]

Apa komen anda?