Google Doodle Sehati Sejiwa Minum Teh Tarik

Share Button

Laman carian Google sentiasa kelihatan kosong, tetapi sekali-sekala mereka akan mengisinya dengan lakaran atau dipanggil doodle, menghiasi laman enjin carian gergasi ini. Begitulah yang terjadi untuk sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos iaitu hari ini.

Google Malaysia hari ini memaparkan doodle, dengan perkataan GOOGLE yang dibalut dengan bendera Malaysia. Ia turut dihiasi minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia, iaitu teh tarik.

Google Doodle Merdeka COVER

Tahun ini Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 2015, selepas 58 tahun mendapat kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957. Laungan Merdeka, Merdeka, Merdeka oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kekal menjadi simbolik kemerdekaan Malaysia sepanjang masa. Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sehati Sejiwa’.

Sambutan-Hari-Kebangsaan-Kemerdekaan-2015

Bersama-samalah kita terus mengekalkan kemerdekaan Malaysia, dengan memastikan Malaysia terus bersih dari penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah, agar tidak lagi dijajah kuasa asing baik di minda dan fizikal.

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!


Apa komen anda?