Galaxy S6 edge+ sah datang ke Malaysia di samping Note5

Share Button

Samsung Malaysia hari ini mengesahkan ketibaan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy Note5 & S6 edge+ yang lebih besar ke Malaysia. Kedua-duanya akan dilancarkan di Malaysia pada 3 September 2015, dan mula dijual pada 4 September 2015.

Galaxy Note5 datang dengan storan dalaman 32GB, berharga RM2,699 termasuk GST dengan dua pilihan warna, Putih Mutiara dan Emas Platinum. Manakala Galaxy S6 edge+ juga dengan storan 32GB, berharga RM3,099 juga dengan dua warna, Emas Platinum dan Hitam Sapphire.

harga Galaxy s6 edge plus dan note5

Galaxy Note5 & S6 edge+ berkongsi perkakas dan rupa luaran yang hampir sama. Perbezaannya, Note5 datang dengan S-pen, skrin rata 5.7-inci dan bahagian belakang yang melengkung. Manakala S6 edge+ pula mempunyai skrin 5.7-inci yang lengkung di kedua-dua sisi.‎

Dalamannya, kedua-duanya dikuasakan CPU Exynos 7420 8-teras 14nm yang sama seperti Galaxy S6, tetapi dengan 4GB RAM LPDDR4. Skrinnya beresolusi QuadHD, dengan kaca Corning Gorilla Glass 4 di depan dan belakang. Rangkaian 4G LTE menjadi sokongan standard, pada tahap CAT9.‎

banner Galaxy s6 edge plus dan note5

Bateri kedua-duanya berkapasiti 3000mAh, yang menyokong pengecas pantas serta pengecasan tanpa wayar yang pantas. Ia juga dilengkapi pengimbas capjari pada butang fizikal Home. Kamera belakangnya 16MP F1.9 bersama OIS, manakala kamera depan 5MP F1.9. Android 5.1 Lollipop menggerakknya dengan antaramuka Samsung Touchwiz.

Galaxy Note5 datang dengan beberapa fungsi baru seperti S-pen yang menggunakan spring, menulis memo ketika skrin padam dan aplikasi air command yang boleh diubahsuai. Galaxy S6 edge+ juga dinaiktaraf, dengan skrin sisi boleh dipilih antara kenalan dan juga aplikasi pantas.

 


Comments

Apa komen anda?