G untuk Google, M untuk Marshmallow

Share Button

Sistem operasi mudahalih terbaru dari Google, iaitu Android M telah diperkenalkan pertama kali pada acara tahunan Google I/O pada bulan Mei lepas. Ia dijangka dikeluarkan untuk kegunaan awam sekitar September kelak. Kini, ia telah mendapat nama penuh.

Menurut blog Android Developer, Android versi ke-6 ini akan diberi nama Marshmallow. Google meneruskan tradisi menggunakan nama manisan untuk sistem operasi mudahalih mereka ini. Marshmallow adalah sejenis makanan seperti kapas yang manis, dan sering dimakan dengan mencelup di dalam cairan coklat.

Googl Marshmallow in front building

Antara perkara baru di dalam Android 6.0 Marshmallow adalah kawalan kebenaran aplikasi, sokongan pengimbas capjari, bateri yang tahan lebih lama, serta sokongan pengecasan pantas melalui USB jenis-C.

Versi pembangunan Android 6.0 Marshmallow telah boleh didapati dari lamanweb Android Developer, untuk digunakan di Nexus 5, 6 dan 9. Ia akan dilepaskan kepada umum, untuk peranti Nexus terlebih dahulu sebelum terdapat pada peranti yang lain.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?