Dua versi Moto X 2015 muncul: Style 5.7-inci & Play 5.5-inci

Share Button

Motorola turut sama memperkenalkan model terbaru telefon pintar utama mereka, Moto X 2015 bersama-sama Moto G. Bezanya, Moto X 2015 kini datang dalam dua versi, Moto X Play dengan skrin 5.5-inci serta Moto X Style dengan skrin 5.7-inci dan spesifikasi lebih tinggi.

 

Moto X Style

Moto X Style Champagne

Moto X Style ataupun dikenali sebagai Moto X Pure di Amerika Syarikat, adalah telefon pintar paling berkuasa keluaran Motorola kini. Skrin 5.7-incinya membekal resolusi QuadHD 2560×1440. Moto X Style menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 808 6-teras, yang sama seperti LG G4. Ia dipadankan dengan 3GB RAM serta pilihan storan antara 32GB dan 64GB. Moto X yang baru ini juga memiliki slot kad memori mikroSD. Ia juga mempunyai pembesar suara stereo di hadapan, untuk bunyi yang lebih memuaskan.

Moto X Style Shells

Pada bahagian kamera, Moto X Style dilengkapi kamera belakang 21MP F2.0 yang turut mampu merakam video UltraHD 4K. Manakala kamera hadapan pula 5MP, yang turut memiliki LED Flashnya sendiri. Baterinya berkapasiti 3000mAh dan terbina pengecasan pantas Turbo Charging.

Moto X Style menyokong rangkaian 4G LTE Cat 6 selaju 300Mbps. Ia juga terbina Wi-Fi 802.11ac dengan sokongan MIMO, Blueotooh 4.1 LE dan juga NFC. Moto Style X juga dilaputi lapisan kalis percikan, tetapi pada tahap IP52 sahaja. Ia menjalankan Android terkini, 5.1.1 Lollipop.

Moto X Pure IP52

 

Moto X Play

Moto X Play Putih

Moto X Play adalah versi yang lebih rendah, yang menawarkan skrin 5.5-inci HD Penuh 1920×1080. CPU yang dilengkapi di dalamnya berkelas pertengahan, iaitu Snapdragon 615 8-teras 1.7GHz, yang dipadankan dengan 2GB RAM sahaja. Bagi storan, ia datang dalam dua pilihan, 16GB atau 32GB, yang boleh ditambah luas melalui kad memori mikroSD.

Kamera belakang Moto X play menangkap gambar setinggi 21MP dengan apertur F2.0 dan dwi-tona LED Flash. Kamera hadapan pula dilengkapi sensor 5MP sahaja. Bateri pada Moto X Play lebih besar dari Moto X Style, iaitu 3.630mAh yang dikatakan boleh bertahan selama 2 hari.

Untuk perhubungan, ia menyokong rangkaian 4G LTE Cat 4, dengan kelajuan sehingga 150mbps. Ia juga terbina Wi-Fi 802.11n serta Bluetooth 4.0 LE dan NFC. Moto X Play mempunyai pembesar suara stereo yang terletak di hadapan. Moto X Play menjalankan Android 5.1.1. Lollipop yang terkini.

Moto X Play Shells

 

Harga Jualan

Dari segi harga jualan, di United Kingdom, Moto X Play dijual pada £299 (~RM1779). Manakala Moto X Style berharga £359 (~RM2139). Di Amerika Syarikat pula, Moto X Style yang dikenali sebagai Moto X Pure, berharga USD399.99 (~RM1529) bagi versi 16GB. Pengedar peranti Moto di Malaysia iaitu Brightstar, masih belum mengumumkan sebarang berita berkenaan peranti terbaru Motorola ini di Malaysia.

Untuk lebih maklumat berkaitan Moto X ini, layari laman produk Moto X Play dan juga Moto X Style.

Trackbacks

  1. […] Ogos lepas, Motorola mengumumkan dua model baru untuk siri Moto X, iaitu Moto X Style dan Moto X Play. Moto X Style memiliki skrin […]

Apa komen anda?