Diskaun sehingga 50% untuk set demo terpilih di OPPO Nu Sentral

Share Button

Khas untuk peminat telefon pintar OPPO. Kedai konsep OPPO di Nu Sentral kini menjalankan penjualan set pameran atau demo, dengan harga diskaun sehingga 50%. Telefon pintar OPPO boleh didapati dengan harga yang lebih rendah dari biasa, hanya di Nu Sentral.

Antara set demo telefon pintar OPPO yang ditawarkan adalah Find 7 bermula dari RM850, N3 dengan kamera berputar bermula dari RM1,600, R5 yang ultra nipis bermula dari RM850 dan juga Neo5 berharga RM250. Terdapat beberapa model lain turut ditawarkan, tetapi model terbaru siri R7 dan Mirror 5 tidak terdapat di dalam jualan ini.

Jualan set demo ini bermula dari 28 Ogos, sehingga 31 Ogos 2015 dan terhad kepada kedai konsep OPPO di Nu Sentral sahaja. Nu Sentral adalah pusat beli-belah baharu yang terletak di sebelah hab pengangkutan KL Sentral. Ia boleh diakses dengan mudah melalui LRT dan juga Monorel. Lekas dapatkannya, sementara stok masih ada.

kedai OPPO Nu Sentral

Apa komen anda?