Digi & Raku hangatkan jelajah negaRAKU @ HardRockCafe tour

Share Button

Raku, perkhidmation ‘streaming’ digital milik Astro Radio serta Digi Telecommunications (Digi), mengumumkan kerjasama bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara di pentas negaRAKU @ HardRockCafe Tour 2015.

Kerjasama ini akan membariskan sepuluh kumpulan ‘rock’ dan ‘indie’ terbaik Malaysia, untuk membuat persembahan di empat lokasi Hard Rock Café di seluruh negara. Pada setiap hari Ahad dari jam 3 petang hingga 7 malam, sertai mereka di Hard Rock Cafe bermula dari Melaka (9hb Ogos), Pulau Pinang (16hb Ogos), Kota Kinabalu (23hb Ogos) dan akhirnya di Kuala Lumpur (6hb September).

Jadual negaRAKU HardRockCafe Tour

Barisan artis yang akan terlibat dalam jelajah ini antaranya ialah Bittersweet, Massacre Conspiracy, Tres Empire, Love Me Butch, Plague of Happiness dan Dragon Red. Selain itu, artis seprti Pretty Ugly, Bil Musa, Hazama dan Misgiven turut sama menyertai persembahan ini.

Melalui pas Digi Music Freedom, pelanggan Digi boleh mendengar muzik sepanjang hari melalui peranti pintar, tanpa terikat dengan WiFi atau bimbang kehabisan kuota data. Lebih baik lagi, mulai sekarang hingga 30 September 2015, peminat muzik boleh mengaktifkan perkhidmatan Digi Music Freedom secara percuma dan menikmati penstriman muzik tanpa caj internet selama 120 hari. Untuk maklumat lanjut layari www.musicfreedom.my

Raku, perkhidmatan strim digital yang memfokuskan kepada kandungan tempatan, boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store ataupun Apple AppStore. Antara fungsi unik Raku adalah penyiaran persembahan muzik secara langsung, terus ke peranti pintar. Layari www.raku.my untuk maklumat lanjut.

barisan artis negaRAKU HardRockCafe Tour

Apa komen anda?