cara lihat arah kiblat guna iPhone

Share Button

Solat yang menjadi kewajipan kepada umat Islam walau di mana kita berada telahpun dipraktikkan sejak sekian lama.

Apabila bercakap dengan solat, sudah pasti kita perlu mengadap kiblat dan kiblat kita adalah Kaabah. Jika anda berkelana atau melancong dan bersolat di hotel dan sebagainya, anda boleh lihat tanda kiblat yang disediakan.

Tapi di Malaysia, memanglah mudah, surau di mana-mana tapi bagaimana jika berada di luar negara? Kepada pemakai iPhone versi 3Gs dan ke atas, gunakan saja kompas yang ada terutama jika ada yang ragu dengan dengan pelbagai aplikasi kiblat yang dikhuatiri tidak tepat.

Langkah yang boleh diambil termasuk:

  1. Sebelum membuka kompas digital, layari islamicfinder untuk mencari nombor yang menunjuk arah kiblat (untuk maklumat, indikator nombor ini berbeza dari satu bandar ke bandar yang lain bergantung kepada kedudukannya dalam peta).

    kiblat1

  2. Misalnya, Sydney di Australia bernombor 277.

  3. Buka aplikasi Compass di iPhone.

    kiblat2

  4. Samakan penunjuk utara berwarna merah dengan garis putih sehingga bacaan menjadi ‘0’.

  5. Kemudian baca cari anggaran angka 277. Itulah kiblat anda.

    kiblat3

Apa komen anda?