Besarkan sikit skrin maka jadilah telefon terbaru Galaxy S6 Edge+

Share Button

Banner Galaxy Unpacked 2015 TheSkop

Anda mungkin membayangkan Samsung mungkin sekadar gembira dengan S6 edge, Jika anda berfikir begini, maka anda salah apabila Samsung hari ini bertindak memperkenalkan S6 edge+ di acara Galaxy Unpacked 2015, bertempatk di New York, Amerika Syarikat.

Galaxy S6 edge+ membawakan skrin lengkung di sisi seperti Galaxy S6 edge, tetapi dengan saiz skrin yang lebih besar. Ia mempunyai rupa luaran S6 edge, dengan perkakas dalaman seperti note 5. Skrin hadapannya bersaiz 5.7-inci dengan paparan Super AMOLED beresolusi QuadHD serta kaca lengkung di kedua belah sisi. Bahagian belakangnya pula diliputi kaca rata Corning Gorilla Glass 4.

Galaxy s6 edge plus dalam tangan Galaxy s6 edge plus dalam tangan belakang

Skrin lengkung pada S6 edge+ kini mempunyai lebih fungsi dari S6 edge dahulu. Selain paparan kenalan di skrin sisi, kini terdapat juga paparan Aplikasi. Malah, skrin sisi ini boleh diaktifkan bila-bila masa, samada di lock screen, home screen atau apps drawer screen. Jika ini tidak mencukupi, Samsung turut menyediakan aksesori tambahan berbentuk papankekunci, yang boleh dipasang terus pada S6 edge+.

Galaxy s6 edge plus dengan aksesori papankekunci

Galaxy S6 edge+ datang dengan 4GB RAM LPDDR4, yang digerakkan CPU Exynos 8-teras 14nm. Storan dalamannya bermula dari 32GB dan tiada pilihan storan tambahan mikroSD. Baterinya berkapasiti 3000mAh, yang dilengkapi pengecasan pantas 100% penuh dalam masa 90 minit. S6 edge+ juga terbina di dalamnya pengecasan tanpa wayar pantas, yang boleh mengecas penuh dalam masa 2 jam sahaja.

Galaxy S6 edge plus depan Galaxy s6 edge plus kamera belakang

Kamera utama Galaxy S6 edge+ merakam gambar 16MP, lengkap dengan autofokus, OIS dan led flash. Manakala kamera depan 5MP, datang dengan fungsi selfie-lebar. S6 edge+ mempunyai pengimbas capjari pada butang fizikal Home, dan sensor pengesan denyutan nadi di belakang.

Galaxy S6 edge+ menjalankan sistem operasi Android terkini, Lollipop 5.1 dengan antaramuka TouchWiz. Ia dijangka mula dijual di Malaysia pada awal September depan, dan mungkin akan hadir dengan dua slot kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE CAT9.

 

 

Jika anda gemarkan skrin sisi lengkung S6 edge tapi mahukan skrin yang lebih besar, pasti S6 edge+ ni lebih menarik minat anda. Seperti Galaxy Note 5, Galaxy S6 edge+ juga mula dijual di Amerika Syarikat dan Kanada bermula 21 Ogos 2015. Malaysia pula dijangka tiba seawal minggu pertama September akan datang, dalam versi dwi-sim dengan sokongan rangkaian LTE CAT9. Empat warna boleh dipilih iaitu Emas, Putih, Hitam dan Perak.

Galaxy S6 edge plus atas belakang Galaxy S6 edge plus bawah belakang Galaxy S6 edge plus kiri belakang Galaxy S6 edge plus kanan belakang

Apa komen anda?