Bayar RM58 dan #UberMAKAN sepuas hati bersama rakan

Share Button

Malaysia memiliki banyak jenis makanan tempatan yang digemari ramai seperti nasi lemak, char kuey teow atau roti canai. Tapi bagaimana nak mencari tempat makan yang sedap ni? Servis pemandu peribadi UBER, ingin membantu anda menikmati makanan kegemaran ramai ini.

Hanya untuk satu hari, iaitu esok Sabtu 22 Ogos 2015, dari jam 11 pagi hingga 5 petang, UBER akan membawa anda ke tempat yang misteri di dalam Kuala Lumpur. Tempat ini dipilih sendiri oleh UBER. Ia menyajikan makanan tempatan yang asli dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. UBER ingin membantu anda meredah kesesakan dalam bandar, dengan tenang dan tidak perlu memikirkan tempat meletak kenderaan, seterusnya menikmati makanan yang lazat ini.

#UberMAKAN

Anda akan diberi pilihan untuk menikmati pelbagai makanan kegemaran tempatan yang dipilih sendiri oleh UBER seperti laksa, nasi daun pisang, char kuey teow, nasi dagang dan juga cendol. Anda pilih satu jenis makanan, dan UBER akan membawa anda ke tempat istimewa yang menyajikan makanan pilihan anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu memilih MAKAN di dalam pilihan pemanduan di aplikasi UBER. Jika ada pemandu berhampuran, ia akan segera datang mengambil anda. Kemudian, pemandu akan memberi senarai pilihan makanan, dan anda akan dibawa ke tempat yang dipilih. Anda akan dicaj RM15 menerusi akaun UBER, di mana ia merangkumi bayaran perjalanan pergi dan balik, tidak termasuk harga makanan dan tol. Harga makanan ditanggung sendiri oleh anda. Menarik? Ada lagi ni.

#UberMAKANBuffet

Sebagai tawaran tambahan, UBER turut menyediakan pilihan MAKANBuffet. UBER bekerjasama dengan bloger makanan popular, untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik, dan mungkin jauh berbeza dari jangkaan. Pemandu makanan ini akan menemani dan membawa anda ke tempat makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Untuk MAKANBuffet, anda boleh membawa bersama sehingga 2 orang rakan, untuk makan sepuas-puasnya di tempat makan istimewa ini. Dan anda akan dicaj hanya RM58, tidak lebih dari ini. Seperti biasa, ia dicaj terus ke akaun UBER anda. Tetapi, anda mempunyai had makan, sehingga bil makan mencecah RM150 sahaja. Bayar RM58, kongsi bersama 3 orang dan makan sampai RM150, memang sangat berbaloilah kan.

Sama seperti tadi, anda perlu memilih pemandu MAKANBuffet dan ia akan datang mengambil anda dengan segera. Caj RM58 tadi tidak termasuk tol, tetapi termasuk makanan sehingga RM150 serta pemanduan pergi dan balik. Anda boleh memilih untuk makan berseorangan sehingga RM150, atau mengajak dua lagi rakan dan makan sampai bil mencecah RM150.

Jadi, selamat pergi makan ke tempat misteri dan makan dengan sepuas hatinya, tanpa memikirkan maslaah memandu di dalam kesesakan dan sukar mencari tempat letak kereta. Semuanya UBER uruskan, tinggal nak bayar je.

mclaren disguise as Myvi UberX driver

Apa komen anda?