Bayangan Galaxy S6 edge+ dikesan di Malaysia

Share Button

Samsung akan melancarkan telefon pintar baru esok di New York. Tetapi, ia kelihatan akan tiba dengan segera di Malaysia, kerana satu telefon pintar baru Samsung Galaxy telah ditemui di dalam pengkalan data SIRIM. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Note 5 akan tiba di Malaysia pada awal September 2015. Tarikh ini juga mungkin sama untuk jualan Galaxy S6 edge+ di Malaysia kelak.

Mengikut data dari SIRIM, Galaxy S6 edge+ didaftarkan dengan nombor model SM-G9287C, mengikut siri nombor model Galaxy S6 iaitu SM-G920F dan S6 edge SM-G925F. Galaxy S6 edge+ ini juga akan mempunyai dua slot kad sim, berbeza dari Galaxy S6 yang ada di Malaysia. Dengan adanya dua slot kad sim ini, memberi harapan ia mungkin boleh berkongsi tempat dengan kad memori mikroSD.

Galaxy S6 edge+ di SIRIM

Galaxy S6 edge+ yang akan tiba di Malaysia dijangka mempunyai spesifikasi hampir sama seperti Galaxy S6 edge sedia ada, dengan skrin lengkung di sisi. Tetapi terdapat peningkatan perkakas pada Galaxy S6 edge+ seperti 4GB RAM, skrin lebih besar 5.7-inci dan bateri lebih besar berkapasiti 3,000mAh yang tidak boleh dicabut. Untuk mengenali Samsung Galaxy S6 edge yang dilancarkan pada bulan April lepas, baca test produk kami tentangnya di sini.

Galaxy S6 edge di atas S6 edge plusGambar khabar angin yang tersebar, Galaxy S6 edge di atas S6 edge+

Dari pelbagai berita yang tersebar di internet, acara Samsung Galaxy Unpacked 2015 yang akan diadakan di New York esok, berkemungkinan melancarkan tiga produk. Yang pasti, Galaxy Note 5 akan muncul manakala Galaxy S6 edge+ kuat diperkatakan. Peranti ketiga pula, dijangka sebuah tablet Galaxy Tab yang masih tiada sebarang khabar berita. Nantikan laporan lintas langsung kami dari New York pada jam 11 malam waktu Malaysia esok.

[SUMBER]

 

Trackbacks

  1. […] post Bayangan Galaxy S6 edge+ dikesan di Malaysia appeared first on […]

Apa komen anda?