ASUS perkenal Zenfone Go penganti Zenfone 5

Share Button

Secara rasmi, hari ini ASUS Malaysia memperkenalkan tiga telefon pintar baru di ASUS Zensation Roadshow, yang diadakan di Mid Valley. Tetapi ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Di jelajah ini, ASUS turut memperlihatkan siri Zenfone yang lebih mampumilik, iaitu Zenfone Go.

Membuat kemunculan tanpa sebarang pengumumam, Zenfone Go diperkenalkan untuk menggantikan model Zenfone 5. Dalam bahasa jepun, Go bermaksud Lima. Zenfone Go mempunyai skrin IPS 5-inci dengan resolusi HD 720p. Kuasa Zenfone Go digerakkan oleh CPU Mediatek MT6580 4-teras berkelajuan 1.3GHz, bersama 2GB RAM dan 16GB storan.

Zenfone Go - depan Zenfone Go - Belakang

Zenfone Go mempunyai dua slot kad sim, tetapi menyokong sehingga rangkaian 3G sahaja. Baterinya berkapasiti 2070mAh dan menjalankan Android 5.1 Lollipop bersama antaramuka ZenUI. Zenfone Go dilengkapi kamera belakang 8MP F2.0, bersama autofokus dan LED Flash. Manakala kamera depan pula 2MP dengan fokus tetap. Tidak dinyatakan pula fungsi Pixelmaster pada kamera Zenfone Go.

Tiada kenyataan rasmi diberikan lagi tentang Zenfone Go, tetapi ia dijangka akan mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan September 2015. Harganya juga belum ditetapkan, tetapi mungkin sekitar RM509 termasuk GST. Itupun jika Ringgit Malaysia tidak terus menjunam berbanding Dolar US.

Zenfone Go (kiri) dan Zenfone 2 (kanan)

Zenfone Go kiri dan Zenfone 2 kanan DepAN Zenfone Go kiri dan Zenfone 2 kanan BELAKANG

Apa komen anda?