Apple nak tukar kamera iPhone 6 Plus bermasalah secara percuma

Share Button

Apple telah mengaku, terdapat segelintir kecil telefon pintar keluaran mereka, iPhone 6 Plus mengalami kecacatan pada kamera belakang, yang digelar iSight. Kecacatan ini akan mengakibatkan gambar yang diambil, kelihatan kabur. Tetapi unit yang terlibat dengan kecacatan ini dijangka sedikit sahaja, di mana unit ini dijual sekitar September 2014 sehingga Januari 2015.

Jika anda merasakan terdapat masalah kekaburan pada gambar yang diambil dengan iPhone 6 Plus, mungkin ia termasuk dalam unit yang cacat ini. Jika benar, Apple akan menggantikan perkakas yang bermasalah ini, secara percuma. Diulang kembali, iSight adalah kamera yang terletak di belakang iPhone 6 Plus.

put serial number on iPhone 6 Plus iSight replacement

Kalau iPhone 6 Plus anda menunjukkan simptom seperti di atas, pertama sekali ia boleh dirujuk di lamankhas ‘Apple iSight Camera Replacement Program‘. Untuk mengesahkan, anda perlu memasukkan no siri telefon, dan semak jika ia termasuk di dalam senarai bermasalah. Untuk mencari nombor siri ini, ia boleh ditemui di Settings > General > About.

nombor siri iPhone

Apabila ia disahkan di dalam senarai iPhone 6 Plus bermasalah di laman tersebut, anda boleh membawa bersama telefon tersebut ke mana-mana pusat servis iPhone berdaftar, yang menyediakan servis pembaikan ini. Senarai pusat servis ini boleh dirujuk di laman ‘Apple Authorised Service Providers‘. Mereka akan memeriksa masalah iPhone 6 Plus anda, dan membaikinya secara percuma.

Apple Authorised Service Provider for iPhone 6 Plus iSight

Sebelum menghantar iPhone 6 Plus untuk dibaiki, pastikan anda telah membuat salinan segala data ke dalam iTunes atau iCloud. Data di dalamnya mungkin akan dipadamkan sepenuhnya, semasa bailpulih dilakukan.

Satu lagi perkara, jika iPhone 6 Plus anda mempunyai sebarang masalah lain, terutama kecacatan fizikal seperti skrin yang retak, ia perlu dibaiki terlebih dahulu. Tetapi, kos baikpulih ini perlu ditanggung sendiri oleh pemilik telefon. Selepas selesai masalah ini, barulah Apple akan membaiki kamera anda secara percuma.

3 warna iphone 6 plus

Apple juga hanya akan membaiki iPhone 6 Plus, di negara ia dibeli sahaja. Jika anda membeli set Australia misalnya, maka hanya Apple Australia yang akan membaiki telefon tersebut. Untuk dibaiki di Malaysia, pastikan ia dibeli dari Apple Malaysia atau pengedar sah Apple Malaysia sahaja.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?