Apabila telefon cuba menjadi kamera

Share Button

Alcatel OneTouch Flash+ model

Jika berhasrat mendapatkan telefon berkamera yang agak ok dengan harga menarik, Alcatel OneTouch Flash Plus mungkin jawapan yang sesuai ,apabila mempunyai keupayaan kamera 13MP dengan apertur F2.2 sesuai pada pencahayaan rendah.

Pada ikon foto pula, terdapat kesesuaian untuk menyunting atau mengedit gambar dengan beberapa filter pasca tangkapan foto dengan multilomo seakan profesional. OneTouch Flash Plus juga mempunyai setting manual seperti apertur, kelajuan shutter, ISO, imbangan putih dan kecerahan.

Alcatel Onetouch Flash Plus - kamera belakang

Telefon ini juga sesuai untuk menangkap gambar pada sudut landskap dan suasana jenis panorama dan walaupun pada imej sedang bergerak, telefon masih mampu mengimbangkannya.

Alcatel OneTouch Flash Plus ini merakam video dengan format 1080p HD pada 30fps dan anda tidak perlu risau dengan jangka hayat bateri sejumlah 3500mAh sudah cukup untuk penggunaan aktif seharian.

Mengikut Alcatel, bateri tersebut juga boleh memberi ketahanan untuk 8 jam permainan video, 28 jam memainkan muzik dan 6 jam menangkap foto.

Flash Plus beroperasi dengan prosesor 1.5GHz 8-teras 64-bit dengan grafik Mali-T760 MP2. Ia mempunyai skrin 5.5-inci IPS HD dan kamera depan pula beroperasi pada 8MP.

Dengan dua slot kad sim dan seberat 147g, telefon ini masih mampu dinipiskan sehingga 7.95mm. Ia datang dengan warna matte slate.

Peminat yang mahu membeli boleh berbuat demikian pada harga tawaran RM499 bermula hari ini hingga 7 September 2015 di www.lazada.com.my dan selepas tarikh tersebut ia akan dijual lebih tinggi iaitu RM549.

Alcatel Onetouch Flash Plus - depan Alcatel Onetouch Flash Plus - belakang Alcatel Onetouch Flash Plus - kanan Alcatel Onetouch Flash Plus - kiri

Trackbacks

  1. […] Flash Plus pertama kali diumumkan pada Mei tahun lalu. Ia adalah sebuah peranti 5.5 inci beresolusi 720p. Sekeping cip Mediatek lapan […]

  2. […] skrin 5.5-inci, dengan kapasiti bateri sebesar 3,400mAh. Di pelancarannya pada Ogos 2015, ia dijual pada harga RM549 sahaja. Satu harga yang sangat mampu milik. Apa kata kalau ia menerima peningkatan […]

Apa komen anda?