Acer Aspire R 11 laptop pertama dilengkapi Windows 10 di Malaysia

Share Button

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan laptop terbaru mereka dari siri-R, iaitu Acer Aspire R 11. Laptop ini juga adalah yang pertama didatangkan siap dengan Windows 10, sistem operasi terbaru dari Microsoft. Laptop terbaru ini adalah laptop boleh ubah terkecil keluaran Acer kini.

Fabrik luaran Aspire R 11 direka dengan tekstur seperti fabrik yang kelihatan menarik dan memberi genggaman lebih baik, selain tahan calar. Laptop ini datang dengan skrin 11.6-inci beresolusi 1366×768 dengan teknologi ‘Zero Air Gap’. Skrin ini menggunakan kaca corning Gorilla Glass 3 untuk perlindungan lebih baik.

Aspire R 11 - 4 mod

Fungsi boleh ubah pada Aspire R 11 dikawal melalui engsel dengan torque berkembar 360- darjah yang unik. Jadi pengguna boleh menggunakannya dalam 4 mod mudah: notebook, pad, paparan & khemah. Torque tambahan memastikan skrin kukuh dan tidak bergoyang  dalam pelbagai sudut.

Acer menawarkan audio berkualiti tinggi pada Aspire R 11, dengan teknologi Acer TrueHarmony. Pembesar suaranya menggunakan binaan diafram kertas yang lebih kukuh & fleksibel. Acer juga melengkapkan teknologi BlueLightShield pada skrin, untuk melindungi mata pengguna dari bahaya cahaya biru. Ia mengurangkan keletihan mata dengan meminimakan emisi lampu biru dalam mod berbeza, mengikut keperluan pengguna.

Aspire R 11 - model

Skype mengiktiraf standard audio & visual Aspire R 11, untuk digunakan berhubung dengan ahli keluarga dan rakan di seluruh dunia, melalui aplikasi Skype. Kualiti audio yang tinggi membolehkan setiap perkataan disampaikan dan didengar dengan jelas.

Ciri lain terdapat pada Aspire R 11 ialah Acer Touch tools. Pengguna boleh merakam, mengumpul, menulis & berkongsi data di atas skrin dengan sentuhan jari. Ciri Precision Touchpad pelbagai sentuhan pula, boleh menggunakan pelbagai sentuhan seperti picit, sapu dan menatal dengan mudah.

Aspire R 11 - Acer sedia Windows 10

Acer Aspire R 11 menggunakan CPU Intel Pentium N3700 4-teras, dengan 4GB RAM (maksima 8GB) dan 500GB storan. Ia datang dengan slot mikroSD, port USB3.0 & 2.0, dan HDMI. Beratnya hanya 1.5kg, dengan bateri lithium-ion 4-sel yang boleh bertahan sehingga 8 jam.

Laptop serba boleh Aspire R 11 ditawarkan pada harga RM1,499 dan boleh didapati mulai hari ini dari semua penjual dan pengedar sah Acer di seluruh Malaysia. Pembeli juga berpeluang menyertai peraduan ‘Why Not Win a Mazda3?’ yang sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian bebas tol Acer Infonline di nombor 1800-88-1288 (9-am-6pm, Isnin hingga Jumaat).

Aspire R 11 - sisi belakang Aspire R 11 - fabrik Aspire R 11 - sisi belakang engsel Aspire R 11 - sisi kiri Aspire R 11 - sisi kanan Aspire R 11 - flat

Apa komen anda?