11street beri hadiah percuma untuk tempahan awal Xperia M5 & C5 Ultra

Share Button

Sony Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, Xperia M4 Aqua dan juga Xperia C4 Dual pada bulan Jun lepas. Dua bulan kemudian, model lebih baru telahpun boleh mula ditempah di Malaysia. 11street kini menawarkan pra-tempah telefon pintar Xperia M5 Dual dan juga Xperia C5 Ultra Dual, dengan tawaran hadiah percuma.

Pra-tempah kedua-dua model Xperia ini di 11street bermula dari 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2015. Ia akan mula dihantar kepada pembeli pada 1 September 2015. Harga jualan bagi Xperia M5 Dual ialah RM1,599 manakala C5 Ultra Dual pula RM1,399. Terhad kepada 200 pembeli pertama, mereka akan menerima salah satu dari dua aksesori ini, Sony Smartband SWR-10 bernilai RM265, atau Pembesar Suara Tanpa Wayar Sony SRS BTV5 bernilai RM299.

Xperia C5 depan belakang

Xperia C5 ultra adalah siri terbaru telefon selfie dari Sony, yang kini dibesarkan skrinnya ke 6-inci HD Penuh. Kamera selfie C5 Ultra kini memiliki 13MP autofokus di depan, dengan lensa lebar 22mm. Ia juga dilengkapi LED Flash di depan, yang menjadi tanda Xperia siri-C. Kamera belakang C5 Ultra mempunyai spesifikasi yang sama, 13MP autofokus dengan LED Flash dan lensa 25mm.

Xperia C5 Ultra dikuasakan CPU Mediatek MTK6752 64-bit, 8-teras bekelajuan 1.7GHz, bersama 2GB RAM. Ia mempunyai storan dalaman 16GB dengan slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan. C5 Ultra menyokong rangkaian 4G LTE melalui dwi slot kad sim, dan mempunyai bateri 2930mAh.

Xperia M5 depan belakang

Xperia M5 pula adalah telefon pintar kalis air, dengan rating IP68. ia boleh berada di dalam air sedalam 1.5m, selama 30 minit. Skrinnya sebesar 5-inci dengan resolusi HD Penuh. Ia dilengkapi CPU Mediatek berkuasa tinggi, Helio X10 8-teras 2.0GHz yang dipadankan dengan 3GB RAM. Storannya pula sebesar 16GB dengan pilihan tambahan melalui kad memori mikroSD.

Xperia M5 kelihatan menggunakan sensor kamera lebih baru, IMX230 dengan resolusi 21.5MP yang datang dengan autofokus pengesanan fasa (PDAF). Ini menjadikan fokus lebih pantas, walaupun untuk objek bergerak. Lebih menarik, kamera depan turut mempunyai autofokus dengan sensor 13MP, tetapi tiada LED Flash. Baterinya pula sebesar 2,600mAh tetapi anda boleh yakin dengan kehebatan jangka hayat bateri Sony. Xperia M5 juga mempunyai dua slot kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Xperia C5 ada tiga warna  3 warna Xperia C5 Ultra: Putih, Hitam, Hijau

Xperia M5 ada tiga warna3 warna Xperia M5: Putih, Hitam, Emas

11street menawarkan Xperia C5 Ultra dalam 3 warna iaitu Hitam, Putih dan Hijau pada harga RM1,399. Xperia M5 juga memiliki tiga warna pilihan, iaitu Hitam, Putih dan Emas berharga RM1,599. Jangan lupa untuk segera menempahnya di 11street, untuk mendapatkan hadiah percuma Smartband ataupun Pembesar Suara Tanpa Wayar.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?