Tempah awal OPPO R7 Plus dan terima pelbagai hadiah menarik

Share Button

Pasti anda telah mendengar pelancaran telefon terbaru OPPO pada 7.7 yang lepas. Jika anda tidak sabar untuk memiliki OPPPO R7 Plus ini, sebaiknya anda mula membuat tempahan awal, kerana OPPO Malaysia memberi tawaran yang sangat menarik. OPPO R7 Plus dijual di Malaysia berharga RM1998 termasuk GST, di dalam warna Emas sahaja.

Tempahan awal OPPO R7 Plus bermula dari 11 Julai sehingga 10 Ogos 2015. Bagi mereka yang membuat tempahan dalam talian, mereka akan menerima baucer diskaun 50% OPPO Care, serta RM0 wang pendahuluan diperlukan. Tempahan dalam talian boleh dibuat di lamanweb OPPO Malaysia ataupun di 11Street.

Tempahan OPPO R7 Plus juga boleh dibuat di salah satu dari 64 Stor Konsep OPPO atau 100 wakil pengedar sah OPPO, tetapi RM100 wang pendahuluan diperlukan. Tempahan di sini juga akan turut menerima baucer diskaun 50% OPPO Care.

Bonus tambahan untuk penempah awal tidak kira di lamanweb atau di kedai ialah, bagi 1000 penempah pertama, mereka akan menerima hadiah percuma berupa pengecas kereta VOOC bernilai RM148. Jika anda sangat berminat memiliki OPPO R7 Plus ini, jangan tunggu lagi untuk membuat tempahan awal, agar tidak terlepas tawaran hebat yang dijanjikan ini.

OPPO R7 Plus Emas depan OPPO R7 Plus Emas Belakang

OPPO R7 Plus adalah telefon pintar utama terbaru keluaran OPPO. Ia menampilkan skrin AMOLED 6-inci HD penuh, di dalam badan besi unibodi sepenuhnya. R7 Plus dikuaskan CPU Qualcomm Snapdragon 615 64-bit, bersama 3GB RAM dan ColorOS 2.1 yang berjalan di atas Android 5.1 Lollipop.

Dengan badan sebesar ini, ia memiliki bateri berkapasiri 4100mAh dan pengecasan pantas VOOC untuk mengurangkan masa menunggu mengecas. R7 Plus memiliki kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP yang dikuasakan teknologi Flash Shot terbaru dari OPPO. Flash Shot memiliki fokus lazer, anti-gegar serta fokus PDAF untuk fokus yang pantas dan gambar yang stabil.

Untuk maklumat lanjut berkenaan OPPO R7 Plus, layari laman produk OPPO R7 Plus di sini: www.oppo.com/my/products/r7plus

Trackbacks

  1. […] mereka, R7 Plus kini giat menjalankan promosi pra-tempahannya. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini di sini, tempahan awal OPPO R7 Plus menawarkan baucer diskaun 50% OPPO Care, pengecas kereta VOOC bernilai […]

Apa komen anda?