Telefon paling murah Xiaomi kini lebih murah

Share Button

Hari ini bermulanya jualan khas Xiaomi, Jom Raya Dengan Mi. Ia menawarkan pelbagai tawaran menarik dengan diskaun hebat, hadiah percuma dan jualan aksesori dari serendah RM1.

Tetapi satu produk yang menerima kejutan harga hari ini ialah, Redmi 2. Mi Malaysia baru sahaja mengumumkan hari ini, telefon pintar termurah mereka kini menerima penurunan harga RM50, menjadikannya hanya RM399 berbanding RM449 semasa pelancaran pada bulan Mac 2015.

redmi_2

Lebih menarik lagi dalam jualan khas Hari Raya kali ini, Mi Malaysia menawarkan Redmi 2 pada harga diskaun lebih rendah, iaitu hanya RM349. Tetapi harga ini khusus untuk pembeli yang membayar menggunakan akaun PayPal sahaja, sepanjang kempen 3 hari Jom Raya Dengan Mi, yang akan berakhir pada 8 Julai 2015.

Redmi 2 adalah telefon pintar termurah dijual oleh Mi Malaysia kini. Walaupun murah, ia masih dilengkapi fungsi terkini yang hebat seperti CPU Snapdragon 410 64-bit, dwi-sim 4G yang sentiasa sedia, skrin 4.7-inci dengan resolusi HD, serta kamera belakang 8MP dengan LED Flash dan autofokus.

Redmi 2 Putih dan Kelabu Gelap

Redmi 2 yang berharga RM399 di Malaysia sekarang, boleh didapati di dalam dua warna iaitu putih dan kelabu gelap. Maklumat lanjut mengenai Redmi 2 boleh didapati di lamanweb Redmi 2 Mi Malaysia.

 

 

Apa komen anda?