Sony Malaysia bersedia membawa Xperia Z3+ ke Malaysia

Share Button

Akhirnya, telefon pintar terhebat keluaran Sony, boleh didapati di Malaysia. Sony Xperia Z3+ yang dikenali sebagai Xperia Z4 di Jepun, boleh dibeli di Malaysia pada harga RM2599 termasuk GST. Lebih baik lagi, ia datang dengan sokongan dwi-sim 4G LTE. Sony Malaysia turut memberikan hadiah percuma untuk pembeli awal Sony Xperia Z3+.

Sony Xperia Z3+ adalah versi naik taraf dari Xperia Z3 yang dilancarkan tahun lepas. Sekilas pandang ia kelihatan sama, tetapi kuasa dalamannya telah dipertingkatkan dan ia datang dengan satu rekaan baru, port mikroUSB yang tiada penutup. Ia juga memiliki badan yang lebih nipis dan bateri lebih kecil, 2930mAh. Tetapi Sony menyatakan daya tahan bateri Xperia Z3+ mampu kekal sehingga dua hari.

xperia-z3-plus-kuprum

Salah satu fungsi Xperia Z3+ yang hebat ialah kalis air IP68. pada Xperia Z3 sebelum ini, hanya port audio tidak memerlukan penutup. Slot kad sim, kad memori dan port mikroUSB perlu ditutup agar kebolehan kalis airnya berfungsi dengan baik. Dengan Xperia Z3+ yang baru ini, tiada lagi penutup diperlukan untuk port mikroUSB, kerana ia telah direka kalis air, sama seperti yang terdapat pada HTC Butterfly 2 dan Desire EYE.

Kelihatan, Xperia Z3+ menjadi telefon pintar pertama dengan CPU Qualcomm Snapdragon 810 di Malaysia. Snapdragon 810 sebelum ini dilanda kontroversi, kerana banyak laporan mengatakan ia terlebih panas. Xperia Z3+ datang dengan 3GB RAM serta 32GB storan dalaman yang boleh ditambah dengan kad memori mikroSD. Harapnya, masalah Snapdragon 810 ini telah diselesaikan oleh Sony. Xperia Z3+ berjalan di atas Android 5.0 Lollipop dan antaramuka buatan Sony sendiri.

Skrin Xperia Z3+ kekal sama sebesar 5.2-inci HD Penuh yang diapit dengan dua pembesar suara stereo di atas dan bawah skrin. Kamera utama di belakang dilengkapi sensor Exmor RS 20.7MP yang boleh merakam video UHD 4K. Manakala kamera hadapan dipertingkatkan dengan sensor Exmor R 5.1MP dengan lensa lebar 25mm.

Tawaran Sony Malaysia Xperia Z3plus

Khas untuk 200 pembeli terawal Xperia Z3+ di Stor dalam talian Sony ataupun kedai Sony Centre yang terlibat, pembeli akan menerima dok pengecas bernilai RM139 secara percuma. Lawati segera Stor dalam talian Sony atau pergi sendiri ke Sony Centre yang disenaraikan di bawah ini. Penghantaran akan bermula pada 29 Julai 2015.

Pengedar Xperia Z3plus terlibat[SUMBER]

 

Apa komen anda?