Sony lancar kamera kompak DSC-HX90V dan DSC-WX500 dengan 30x zum optikal

Share Button

Walaupun semakin ramai bergantung pada telefon pintar mereka untuk mengambil gambar, tetapi satu perkara yang masih tiada pada telefon pintar, ialah zum optikal yang panjang. Untuk itu, Sony melancarkan kamera kompak dengan 30x zum paling kecil dalam kelasnya, Cyber-shot DSC-HX90V dan DSC-WX500.

Kedua-dua kamera kompak ini berkongsi banyak fungsi yang sama. Ia menggunakan lensa zum optik 30x ZEISS Vario-Sonnar T*, yang dipadankan dengan sensor CMOS Exmor R 18.2MP dan diproses oleh BIONZ X. Zum ini boleh dibesarkan lagi sehingga 60x melalui Clear Image Zoom dan Optical SteadyShot, yang dibantu penstabil imej elektronik 5-paksi.

Sony DSC HX90V atas lensa

Kamera Cyber-shot DSC-HX90V dan DSC-WX500 memiliki skrin LCD 3-inci yang boleh diputar 180-darjah, untuk selfie yang lebih mudah. Lebih menarik, gambar yang telah diambil boleh dicantikkan terus menerusi aplikasi Beauty Effect dan “My Best Portrait” yang terdapat di PlayMemories Camera Apps. Maklumat lanjut aplikasi ini boleh didapati di www.playmemoriescameraapps.com

Rakaman video boleh dibuat sehingga resolusi HD Penuh 60fps, pada format XAVC S. Mod P/A/S/M memberi lebih kawalan manual semasa rakaman video, di samping penstabil imej 5-paksi memastikan rakaman video kekal stabil.

Cyber-shot WX500

Flash terbina boleh digunakan untuk mengambil gambar di dalam suasana malap dan ia boleh terus dikongsi ke peranti lain tanpa wayar, melalui Wifi atau NFC. Bateri NP-BX1 yang dibekalkan, boleh mengambil gambar sehingga 400 gambar dengan sekali pengecasan penuh.

oled tru-finder Sony HX90V

 

Kamera DSC-HX90V mempunyai beberapa kelebihan berbanding DSC-WX500. Ia mempunyai OLED Tru-Finder yang boleh digunakan untuk melihat gambar tanpa menggunakan LCD. Ia juga memiliki Control Ring, yang boleh diputarkan untuk mengawal fokus atau zum secara manual. GPS turut terbina di dalam kamera DSC-HX90V, untuk menyimpan maklumat lokasi gambar.

Kamera kompak dengan zum tinggi Cyber-shot WX500 dan HX90V, mula dijual di Malaysia bermula Julai 2015. Kamera DSC-HX90V dijual pada harga RM1599 dengan satu pilihan warna sahaja iaitu hitam. Manakala WX500 pula berharga RM1199 dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah.

Sony DSC W500 hitam sisi Sony DSC W500 merah depan Sony DSC W500 putih sisi

Apa komen anda?