Serangan siber ke atas Polis Diraja Malaysia

Share Button

Dalam kekecohan peristiwa di Lowyat, baru sebentar tadi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula diserang. Tetapi, serangan ini ditujukan kepada Facebook PDRM. Facebook PDRM kini telah digodam dan kelihatan masih belum ada sebarang perubahan.

Perkara ini pertama kali dimaklumkan oleh Twitter PDRM di @PDRMsia. Kelihatan, beberapa gambar utama di Facebook PDRM seperti gambar profail dan banner telah ditukar.

Kumpulan penggodam FB PDRM

Penggodam Facebook PDRM telah mengeluarkan beberapa kenyataan melalui status di Facebook. Antaranya, mereka menyatakan mereka adalah sekumpulan penggodam, seperti yang tertera di gambar di atas. Mereka mengelar diri mereka AnonGhost, dan menyatakan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan Anonymous, yang aktif menggodam beberapa lamanweb terkemuka di dunia.

Status terbaru mereka menyatakan akan menuju ke Najib Razak pula, yang mana tidak dipastikan tujuannya. Beberapa komen dari pengunjung Facebook tersebut, meminta agar Facebook PDRM dipulangkan semula, untuk tujuan mendapatkan pengumuman penting dari PDRM, seperti nasihat balik kampung sempena Hari Raya yang bakal tiba hujung minggu ini.

komen pembaca FB PDRM digodam

Apa komen anda?