Selfie lebih mengancam dengan Sony Xperia C4 Dual

Share Button

Sony Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan telefon pintar PROselfie terbaru mereka, iaitu Xperia C4 Dual yang telah pun dilancarkan pada bulan Jun lepas. Kini, Xperia C4 Dual boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1299 (termasuk GST).

Fungsi unik Xperia C4 ini pastinya tentang kamera hadapannya. Xperia C4 mempunyai kamera hadapan 5MP dengan lensa lebar 25mm. Ia menggunakan sensor Sony Exmor R dan disertakan LED Flash lembut serta fungsi HDR, menghasilkan gambar hebat, serta cerah walaupun di bawah pencahyaan malap. Inilah satu fungsi yang sangat diperlukan peminat selfie. Kamera belakang Xperia C4 pula menggunakan sensor 13MP, dengan fokus auto serta LED Flash.

Sony Xperia C4 Dual Putih depan belakang

Keseronokan mengambil gambar dengan Xperia X4 tidak terhenti setakat itu. ia mempunyai pelbagai aplikasi kamera yang menarik dan kreatif, seperti Style portrait yang memberi sentuhan unik kepada gambar sedia ada, ataupun aplikasi AR mask yang boleh meletakkan wajah anda sendiri ke atas muka sesiapa sahaja, termasuk singa.

Dalamannya, Xperia C4 dikuasakan CPU 64-bit Mediatek MTK6752, 8-teras 1.7Ghz. Ia dipadankan dengan 2GB RAM dan 16 GB storan, yang boleh diluaskan lagi dengan kad memori mikro-SD. Xperia C4 menyokong dwi-sim, serta 4G LTE untuk internet pantas.

Sony Xperia C4 Dual selfie

Xperia C4 mempunyai skrin IPS seluas 5.5-inci HD Penuh, yang digerakkan enjin Mobile BRAVIA® 2. Tenaganya disalurkand ari bateri berkapasti 2600mAh, yang boleh memainkan video sehingga 8 jam berterusan. Dengan fungsi Mod STAMINA Bateri 5.0, ia dapat memanjangkan lagi jangka hayat bateri Xperia C4.

Xperia C4 Dual yang menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, kini boleh dibeli dari Stor Sony Malaysia, serta wakil pengedar sah Sony, pada harga RM1299. Terdapat tiga warna untuk dipilih iaitu Putih, Hitam dan juga Hijau Mint. Saksikan lebih banyak gambar berkaitan Xperia C4, dari laporan kami ketika pelancarannya di sini.

Tiga warna Xperia C4 Dual

Apa komen anda?