Samsung umum acara Unpacked perkenal Note 5 lebih awal

Share Button

Jika anda peminat phablet pintar Samsung Galaxy Note, bersiap sedia pada 13 Ogos 2015 ini. Kerana Samsung telah mengumumkan secara rasmi, acara Unpacked yang akan diadakan kurang dari 2 minggu lagi dari sekarang. Sebelum ini, siri Galaxy Note sering dilancarkan ketika pameran IFA di Berlin, Jerman. Kini, ia akan diadakan sebulan lebih awal, berkemungkinan untuk memaksimakan potensi jualan sebelum ketibaan produk baru Apple.

Pelancaran ini akan ditayangkan secara langsung melalui saluran Youtube Samsung Mobile, pada jam 11:00AM EDT, bersamaan 11:00 malam waktu Malaysia.

Samsung dijangka akan melancarkan dua produk: Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+. Ia dijangka akan menuruti rekaan Galaxy S6, dengan kemasan gabungan besi dan kaca.

Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge plus Gambar yang dikhabarkan rupa sebenar Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 5 yang baru diwar-warkan akan menggunakan CPU Exynos serba baru dengan 4GB RAM. S6 edge+ pula, akan mempunyai skrin lebih besar dari S6 edge, dan juga mungkin dilengkapi 4GB RAM.

Samsung dilihat cuba mengatasi jualan peranti baru Apple, dengan melancarkan peranti baru Samsung jauh mendahului jadual asal. Terdapat khabar mengatakan, peranti baru Samsung ini mungkin mula dijual seawal 21 Ogos 2015.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?