Sambut ulangtahun ke-29 MSI dan menangi FarCry 4

Share Button

MSI lahir pada tahun 1986 dan telah menghasilkan pelbagai produk seperti papaninduk dan kad grafik berprestasi tinggi yang diyakini ramai. Malah, MSI juga adalah yang pertama melancarkan papaninduk dengan kebolehan melajuakan CPU melebihi kebiasaan (overclock). Kini, MSI telah menghasilkan pelbagai produk pengguna berkaitan IT seperti laptop gaming, PC semua-dalam-satu, kamera dan pelbagai aksesori permainan komputer. MSI kini berada di lebih 120 negara dan menerima lebih 10,000 anugerah dari 350 media seluruh dunia.

Selain dari inovasi yang berterusan, MSI juga komited bekerjasama dengan pelbagai pihak, untuk menghasilkan pemain gaming terbaik melalui produk terbaik. MSI telah bekerjasama dengan 12 pasukan PRO gaming dari seluruh dunia. MSI juga aktif melibatkan diri dalam perlawanan gaming antarabangsa, dan menjadi hos kepada acara MSI Masters Gaming Arena (MGA), dengan kerjasama Blizzard dan ESL.

Kongsi MSI 29tahun dan menang FarCry4

Bersempena ulangtahun ke-29 MSI kali ini, MSI akan mengadakan beberapa acara sambutan bersama peminat. Untuk bulan Julai, peminat MSI boleh memenangi games FarCry 4 dan pad tetikus dalam peraduan ‘Happy Birthday, MSI’. Bermula dari 16 Julai sehingga 31 Julai 2015, peserta perlu bergambar bersama produk MSI dengan ucapan ‘Happy Birthday, MSI’ beserta hashtag #MSI29th. Pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2015.

Untuk bulan Ogos pula, akan terdapat acara berkongsi video. Facebook MSI Global akan menayangkan video, dan peserta perlu LIKE Facebook MSI Global dan berkongsi video “MSI 29th Anniversary” di Facebook peribadi dengan ucapan ‘Happy Birthday, MSI’. Di sini, peserta turut berpeluang memenangi games FarCry 4 dan pad tetikus. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Ogos sehingga 15 Ogos 2015, dan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2015.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Ulangtahun ke-29 MSI ataupun Facebook MSI Global.

Apa komen anda?