Rahsia #PakcikMisteri #TamakPahala terbongkar

Share Button
[GAMBAR dari SukanStar]

Bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah digalakkan untuk kita memberi sumbangan dan bersedekah kepada yang memerlukan. Di zaman serba canggih dan berhubung ini, bersedekah menjadi perkara yang lebih mudah.

Pasti anda pernah terbaca atau melihat sendiri, kempen #SuspendedMeal yang dijalankan di beberapa pasar malam tentang Pakcik Misteri yang Tamak Pahala, dengan hashtag #OrangMemberi #KitaMerasa. Rupa-rupanya, ia adalah kempen yang digerakkan oleh Telekom Malaysia (TM).

Kini, TM membawakan kempen ini ke dalam talian. Untuk menggalakkkan lebih ramai menyumbang di dalam kempen ini, TM membuka lamanweb Pakcik Misteri. Satu kisah dipaparkan di lamanweb ini, yang menceritakan tentang Azura, yang kehilangan beg duit dan dibantu oleh Pakcik Misteri.

TM Raya Pakcik Misteri bantu azura

Di sepanjang pengembaraan ini, terdapat beberapa babak yang memerlukan pengguna menekan butang tetikus sebanyak mungkin untuk mengumpul markah. Markah ini, akhirnya akan ditukar ke dalam nilai RM untuk disumbangkan ke rumah kebajikan yang terpilih. Jadi, lebih banyak yang anda klik, lebih banyak sumbangan akan diberikan.

TM Raya Pakcik Misteri klik sampai berhenti

Tunggu apa lagi, marilah bersama TM untuk menyumbang ke rumah kebajikan di samping menghayati pepatah ‘Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa’ di dalam video ini. Layari segera lamanweb www.tm.com.my/pakcikmisteri untuk mula klik & menyumbang.

TM Raya Pakcik Misteri klik untuk sama membantu

Comments

Apa komen anda?