R7 lebih ringan dilancar di Malaysia

Share Button

Bersama pelancaran OPPO R7 Plus hari ini, OPPO Malaysia turut sama memperkenalkan siri-R7 yang lebih ringan, iaitu OPPO R7 Lite. Ia hanyalah ringan pada berat & saiz yang kompak, tapi masih dilengkapi kuasa yang sama.

OPPO R7 Lite masih memiliki badan premium buatan besi unibodi, tetapi dengan skrin AMOLED 5-inci HD 1280×720. Ia juga mengekalkan kenipisan yang menjadi tanda siri-R OPPO, hanya 6.3mm sahaja.

OPPO R7 Lite - depan

Di dalam, ia masih dikuasakan CPU Snapdragon 615, tetapi dengan 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. OPPO R7 Lite menyokong dwi-sim, bersaiz mikro dan nano. Tetapi sim nano berkongsi slot dengan kad memori mikro-SD.

Kamera OPPO R7 Lite kekal berprestasi tinggi. Kamera belakang 13MP dilengkapi teknolgi Flash Shot dengan sistem auto fokus PDAF yang sangat pantas. Kamera depan pula 8MP untuk gambar selfie yang lebih jelas dan terang.

OPPO R7 Lite dilengkapi bateri 2320mAh, tetapi tidak mempunyai pengecasan pantas VOOC. Ia didatangkan siap dengan Android 5.1 yang diperkasa antaramuka ColorOS 2.1.

OPPO R7 Lite dijual di Malaysia pada harga RM1298 termasuk GST. Ia boleh mula ditempah di stor OPPO dan dalam talian bermula 11 Julai 2015. Terdapat dua warna pilihan, Emas & Perak untuk dipilih.

OPPO R7 Lite - belakang OPPO R7 Lite - sisi

OPPO R7 Lite - pelancaran

Trackbacks

  1. […] post R7 lebih ringan dilancar di Malaysia appeared first on […]

Apa komen anda?