[Perubahan Kabinet] Menteri ‘Prepaid’ kena pindah, Ewon digugur

Share Button

kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kejutan dengan menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Menteri Dalam Negeri sedia ada, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut terkena tempias ialah dua kementerian berkaitan teknologi iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia digantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak. Shabery berpindah ke portfolio baru sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Datuk Wilfred Madius Tangau dari Sabah pula melangkah masuk sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini disandang Datuk Dr Ewon Ebin manakala timbalan kementerian sama kekal Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Najib hanya mengekalkan satu menteri bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang menyaksikan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili menarik nafas lega kerana kekal di tampuk.

Apa komen anda?