Perjalanan dengan Uber percuma selama 3 hari minggu ini

Share Button

Dua hari lepas, UBER telah memaparkan di Facebook UBER MY, tentang satu tawaran istimewa. UBER menawarkan perjalanan percuma, jika gambar yang mereka paparkan itu, dikongsi di Facebook melebihi beberapa angka. Terbukti, UBER memiliki ramai peminat di Malaysia, dan perkongsian gambar itu mencecah lebih 500 perkongsian, sekaligus membuka tawaran percuma UBER selama 3 hari.

UberX THEWEEKENDISHERE banner

Untuk mengotakan janjinya, UBER memberikan perjalanan percuma kepada pengguna Uber di Lembah Klang bermula dari hari ini, sehingga hari Ahad ini, selama 3 hari. Tetapi seperti biasa, ianya perlu memenuhi beberapa syarat dan tetapan. Tawaran ini khusus untuk pengguna di Lembah Klang sahaja dan perjalanan percuma ini bukan untuk sepanjang hari. Jadual perjalanan percuma selama 3 hari, yang bermula hari ini adalah seperti berikut:

JUMAAT (10 Julai) : jam 6 petang – 12 tengah malam
SABTU (11 Julai) : jam 6 petang – 12 tengah malam
AHAD (12 Julai) : jam 12 tengah hari – 7 malam

Perkhidmatan percuma Uber ini tanpa had. Anda boleh menggunakannnya berulang kali, sebanyak mungkin. Tetapi, ia terhad sehingga RM15 sahaja untuk setiap perjalanan. Lebih dari RM15, maka kad kredit/debit anda akan dicaj.

Tetapi, perjalanan anda boleh pergi lebih jauh dari biasa, kerana caj UberX sepanjang bulan Julai ini, 20% lebih murah dari biasa. Sebagai contoh, perjalanan biasa UberX sebelum ini, dari Bukit Bintang ke Midvalley sekitar RM15. Kini, ia menjadi sekitar RM12 sahaja.

Seperti biasa, anda perlu memasukkan kod promosi untuk perjalanan percuma 3 hari ini. Kod promosinya ialah: UBERWEEKENDISHERE. Jika anda menaip dengan betul, maka notis pengesahan promosi akan terpapar. Jadi, perjalanan percuma dengan UberX sudah boleh bermula.

UBERWEEKENDISHERE 3 hari percuma

Uber adalah perkhidmatan pemanduan peribadi, tanpa transaksi tunai. Semua pembayaran dibuat dalam talian, melalui kad debit/kredit yang didaftarkan terlebih dahulu ke dalam akaun. Kemudian, pengguna akan menerima resit melalui emel yang didaftarkan. Pengguna juga boleh meninggalkan reviu berkenaan pemandu dan pengalaman perjalanan mereka.

Uber boleh digunakan terus dari lamanweb www.uber.com ataupun melalui aplikasi mudahalih diiOSAndroid ataupun Windows Phone.

 

[SUMBER]

Apa komen anda?