Pemandu Uber Kena Sabotaj

Share Button

Isu pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan pemandu Uber hasil aplikasi berkaitan pengangkutan awam nampaknya belum lagi mencapai kata putus.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dalam laporan akhbar sebelum ini seakan bersedia untuk mengambil tindakan terhadap pemandu Uber yang dikatakan melanggar undang-undang jalan raya, beroperasi tanpa permit sah untuk mengambil penumpang.

Namun Uber masih beroperasi seperti biasa. Namun baru-baru ini terdapat pula berita yang tidak ‘sedap’ didengar halwa telinga.

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang juga pemandu Uber disabotaj pihak tertentu. Bahagian tepinya disembur perkataan Uber yang besar berwarna hitam. Golongan yang berbuat demikian mungkin tidak berpuas hati dengan kepopularan Uber yang semakin meningkat di kota raya yang sibuk ini.

Uber

Kasihan pemandu tersebut. Beliau juga mencari rezeki terutama dengan keadaan sekarang yang serba mahal. Ditambah pula cukai GST yang memberi kesan kepada punca pendapatan.

Rata-rata pemandu Uber adalah mereka yang bukannya dari golongan kaya. Hanya sekadar mencari rezeki sama seperti orang lain. Jangan pula ditabur pasir ke periuk nasi mereka. Rezeki mereka ada di situ.

Hasad dengki tidak membawa ke mana-mana. Orang kata, “If you can’t beat them, join them”. Kota raya ini memerlukan teknologi seperti aplikasi Uber untuk membantu menyenangkan aktiviti seharian. Bergerak dari sana ke sini bukanlah mudah. Perlu duit tol, parkir, petrol dan macam-macam lagi.

Jadi kehadiran Uber dengan harga yang agak berpatutan sudah pasti membantu terutama ketika gawat. Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk memudahkan kehidupan adalah aplikasi lain seperti MyTeksi. Sekali gus pemandu teksi lebih baik.

Sudah pasti keluhan tentang permit masih menjadi bual bicara. Oleh itu, carilah pengeluar permit teksi tersebut. Siapa yang keluarkannya, itulah salah satu puncanya untuk menyelesaikan masalah.

Comments

  1. Anonyms

    Tahniah, satu jalan penyelesaian yang baik. kita sepatutnya perlu bersatu hati untuk mencari rezeki, tambahan pula diwaktu sekarang dimana kita dibawah pemerintahan kerajaan sembelih rakyat dan zalim. Kenapa pemandu teksi tak puas hati?sebab mereka perlu bayar kepada kerajaan duit untuk pelbagai bayaran (lesen bagai) tetapi pemandu Uber xbayar. Kenapa ramai yang mahu jadi pemandu Uber? Desakan hidup yang melampau disebabkan pelbagai cukai kerajaan dikenakan, (nilai wang jatuh dan cukai ke atas pelabur asing yang tinggi), pelabur asing angkat kaki > peluang pekerjaan tidak ada. Negara akan binasa rakyat akan terseksa dibawah pucuk pimpinan NAJIB dan ZAHID(KAKI BODEK). Tapi bukan salah Najib, yang salah kita sendiri, so kita sama-sama terima akibatnya dengan hati yang redha dan bersyukur (Sebab apa salah kita, sebab kita tolak Islam, lebih suka makan rasuah, dan angkat pemerintah zalim). Alhamdulillah…

Apa komen anda?