Pantau terus kelajuan rangkaian Maxis di bandar utama Malaysia

Share Button

Maxis baru-baru ini sangat agresif memberitahu orang ramai, kehebatan rangkaian 4G LTE mereka di Malaysia. Selepas pelbagai ujian berkaitan rangkaian dalam siri Man vs Network, termasuk yang kami sertai sendiri dalam ujian Blin Drift, terbaru Maxis meletakkan purata kelajuan rangkaian mereka di bandar-bandar utama di Malaysia, terus di lamanweb mereka.

Orang ramai kini boleh menyaksikan sendiri purata kelajuan rangkaian Maxis di beberapa tempat seperti KLCC, Danga Bay Johor Bahru, Kuantan dan juga Queensbay Mall Pulau Pinang. Kuching dan Sunway Pyramid kelihatan akan turut dipaparkan kelak. Jika pengguna menekan butang More Details di bawahnya, ia akan memberitahu kelajuan purata di tempat tersebut selama seminggu.

Maxis 4G LTE speed KL Kuantan Maxis 4G LTE speed Gardens Danga Molek

Maxis yang telah menaiktaraf rangkaian mereka di seluruh negara, terutamanya 4G LTE, yakin ia memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik. Maxis menyatakan, talian mereka kini 10 kali lebih pantas dan paling utama, konsisten kelajuannya selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Malah, Maxis juga berani mengatakan mereka mempunyai capaian 4G LTE terluas di Malaysia.

Dengan semua kenyataan ini, Maxis menjamin tiada masa menunggu menonton Youtube sehingga 96% sepanjang masa, 8 saat masa lamanweb dipaparkan sepenuhnya, kelajuan muat turun minima 1Mbps dan sambungan 3G hampir 98% keseluruhan masa.

map maxis coveragePeta liputan rangkaian Maxis di Malaysia

Saksikan video tentang bagaimana Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard begitu yakin dengan kehebatan rangkaian Maxis, sehingga beliau sanggup mempertaruhkan nyawa untuk membuktikannya. Kami pun turut serta dalam salah satu vidoe ini, iaitu cabaran Blind Drift.

 



Apa komen anda?