Mungkin ini cara paling mudah mendapatkan iPhone 6

Share Button

Anda sering mengidamkan telefon pintar terbaru iPhone 6, tetapi terhalang dek harganya yang agak tinggi? Di sini kami tunjukkan cara yang lebih berkemampuan untuk anda lakukan, iaitu menukar telefon pintar sedia ada anda kepada iPhone 6, melalui program Tukar Tebus iPhone Maxis.

Bermula dari sekarang sehingga 31 Julai 2015, anda boleh menukar tebus mana-mana jenis telefon dan menikmati penjimatan tambahan apabila mendaftar dengan Maxis. Maxis memaklumkan, mereka menerima apa-apa jua peranti walaupun tidak berfungsi, asalkan tiada tanda-tanda bateri terbonjol, dan jikalau ianya iPhone, ia tidak dikunci.

Semua jenis model telefon diterima dari jenis telefon bukan skrin sentuh, kepada model peranti utama terkini. Tidak perlu juga kotak asal telefon beserta pengecasnya, kerana Maxis memerlukan hanya telefon untuk program ini.

Telefon terpakai untuk ditukar tebus di Maxis

Jadi, berapakah harga telefon lama anda dinilaikan? Mari kita periksa sendiri.

Kami memiliki beberapa jenis telefon lama, dan telah melawat beberapa kedai telefon tempatan untuk mendapatkan anggaran harga tukar tebus. Antara yang terdapat dalam koleksi kami ialah Galaxy S4 dengan skrin yang retak, Galaxy S5, Galaxy Note 3, HTC One M7, Nokia N8, Nokia E5, Nokia X3 dan BlackBerry Torch tanpa bateri. Selepas itu, kami menuju ke pusat servis Maxis di KLCC untuk melihat, apakah nilai yang lebih baik dapat diberikan.

senarai harga tukar tebus iphone Maxis

Apabila kami bertanya di kedai telefon di dalam pusat membeli-belah, kebanyakannya tidak mahu membayar lebih dari RM100 untuk telefon lama. Tetapi, anda mungkin akan mendapat tawaran lebih menarik dari mereka dengan model baharu, kerana mereka sanggup membayar sehingga RM600 untuk Galaxy Note 3, dan RM700 untuk Galaxy S5. Jika anda boleh menjual sendiri kepada pembeli di luar, pasti harganya lebih tinggi dari ini. Untuk telefon yang lain, kelihatan Maxis menerima tukar tebus pada harga yang sama, atau lebih tinggi lagi.

Retak & Rosak? Tiada Masalah

Anda mungkin memiliki telefon yang masih berfungsi tetapi dalam kondisi yang agak menyedihkan, seperti Galaxy S4 kami. Walaupun skrinnya retak atau tercalar dengan teruk, Maxis masih menerimanya dengan kadar paling minium sebanyak RM200, atau RM300 jika anda pelanggan baru (termasuk promo RM100 pengguna baru). Tetapi promo pengguna baru ini, akan diberikan dalam bentuk rebat RM50 selama dua bulan, yang akan dipamerkan di dalam bil kelak.

Jika telefon anda tidak berfungsi, pihak Maxis masih menerima telefon tersebut tetapi dengan nilai minima RM200 sahaja. Peranti anda tidak akan diterima jika ada tanda-tanda bateri terbonjol. Satu perkara penting untuk iPhone, anda perlu memastikan, ianya tidak berkunci (unlocked).

Pelan Kontrak iPhone 6 & iPhone 6 Plus

harga pelan iPhone 6 di maxis

Selepas memberikan peranti lama anda, anda perlu memilih model iPhone yang diinginkan dan pelan pascabayar dengan kontrak selama 24 bulan. Bagi pengalaman tanpa kerisauan, anda boleh memilih OnePlan dengan panggilan dan SMS tanpa had, termasuk 2GB data internet berkelajuan tinggi, yang turut ditambah 1GB data menjadikan jumlahnya 3GB, dengan komitmen RM158 sebulan. Jika anda mahukan komitmen yang lebih rendah, terdapat pelan pascabayar iValue yang bermula dari RM100 sebulan.

Semasa pendaftaran, harga tukar tebus tadi akan digunakan untuk ditolak dari harga peranti yang baru. Jika kami menukar tebus Galaxy S5 kepada Maxis sebagai pelanggan baru, kami akan mendapat diskaun RM900 (RM800 + RM100) dari harga pakej. Ini bermakna, kami boleh mendapatkan iPhone 6 16GB secara percuma melalui pelan iValue 3, atau membayar RM639 (tidak termasuk GST) pada pelan MaxisOne. Jika anda menggunakan iPhone 5 pula (dinilai RM600), anda boleh mendapatkan iPhone 6 dari serendah RM109 (tidak termasuk GST) dengan pendaftaran baru kontrak pelan iValue 3 bersama Maxis.

Dengan jaminan tukar tebus minima RM200 dan tambahan RM100 untuk pengguna baru, ia juga adalah peluang terbaik anda untuk melupuskan peranti lama yang berdebu di dalam almari. Bagi pelanggan sedia ada yang mempunyai rekod bayaran yang baik, Maxis tidak akan mengenakan bayaran pendahuluan yang biasanya diperlukan semasa mendaftar kontrak pelan.

Program Tukar Tebus iPhone Maxis mensasarkan untuk menjadi pusat sehenti anda bertukar ke iPhone 6 tanpa bersusah payah melupuskan telefon sedia anda mengikut cara lama. Seluruh proses sangat mudah, apa yang anda perlukan hanyalah datang dengan telefon lama anda dan tukarkannya kepada iPhone 6 dengan satu lawatan sahaja. Dengan penjimatan tambahan, ia lebih berbaloi dari membeli terus iPhone 6 sahaja yang berharga sekurang-kurangnya RM2702 termasuk GST. Untuk menyertai program ini, lawati mana-mana Pusat Servis Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara bersama telefon pintar anda sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Program Tukar Tebus iPhone Maxis sekarang.

Comments

  1. Budak Genius

    Apa kata jika kita tukar barang, kau mahu tak? Kau berikanku iphone6s ku berikan berus gigi dirajaku yang sudah berusia 3bulan, jika kau menipu! Tiada maaf bagimu… Hahaha! Lol.

Apa komen anda?