Menyumbang ke Rumah Pengasih bersama pengangkutan Uber

Share Button

Bulan Ramadhan ni memang sangat digalakkan bersedekah. Kerana itu, ramai umat Islam berlumba-lumba memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Uber, penyedia servis pemanduan peribadi turut serta membuat sumbangan di bulan Ramadhan ini dengan menganjurkan program mengumpul sumbangan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin, yang menempatkan asnaf dan anak-anak yatim piatu.

Kepada mereka yang ingin menyumbang melalui Uber ini, anda tidak perlu bersusah payah mengahantar sumbangan, kerana Uber sendiri akan datang ke tempat anda untuk mengutip barang sumbangan dan menyerahkannya kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin.

pilih uberRAMADAN di aplikasi UBER

Pada hari Sabtu, 4 Julai 2015 antara jam 12 tengahari sehingga 5 petang, anda boleh mengaktifkan aplikasi Uber dan memilih pengangkutan uberRAMADAN. Uber akan datang ke lokasi anda dan mengambil barang sumbangan anda. Perkhidmatan ini bagaimanapun disediakan di Kuala Lumpur sahaja.

Barangan sumbangan yang diperlukan adalah barangan keperluan harian seperti sabun pencuci, sabun mandi, syampu, ubat gigi, susu tepung, biskut, mee segera dan juga sardin dalam tin. Barangan makanan yang ingin disumbangkan mestilah HALAL. Uber juga tidak akan menerima sebarang sumbangan dalam bentuk wang tunai, hanya barangan keperluan harian akan dikumpulkan.

Ikuti Uber di laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan berita lanjut berkenaan program sumbangan ini.

banner rumah pengasih warga prihatin

Apa komen anda?