Lumia 640 XL LTE dan Nokia 105 yang lebih hebat tiba di Malaysia

Share Button

Microsoft Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan dua lagi telefon pintar keluaran mereka ke Malaysia. Telefon pintar Lumia 640 XL LTE dan telefon Nokia 105 akan mula dijual di Malaysia bermula 13 Julai 2015, beberapa hari sebelum ketibaan Hari Raya. Lumia 640 XL LTE dijual pada harga RM999 dan telefon Nokia 105 pula RM89.

 

Lumia 640 XL LTE

Warna warni Lumia 640 XL LTE

Empat bulan yang lepas, Microsoft Malaysia telah pun melancarkan Lumia 640 dan Lumia 640 XL versi 3G. Kini, Lumia 640 XL LTE akan boleh mula dibeli di Malaysia. Dari luar hingga ke dalam, tiada langsung perbezaan antara Lumia 640 XL versi 3G dan LTE. Perkara yang berbeza, hanyalah sokongan rangkaian sahaja, iaitu 3G dan 4G LTE.

Lumia 640 XL LTE dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 400, 4-teras berkelajuan 1.2GHz serta RAM sebesar 1GB. Kedua-dua telefon ini juga memiliki storan dalaman 8GB, dengan slot mikro-SD untuk tambahan storan sehingga 128GB. Ia memiliki skrin IPS 5.7-inci HD 1280×720 dengan kaca Corning Gorilla Glass 3. Ia juga memuatkan bateri boleh ubah berkapasiti 3000mAh.

Paling utama, Lumia 640 XL dilengkapi kamera belakang 13MP, serta lensa optik disediakan oleh Carl Zeiss. Kamera hadapannya pula boleh menangkap gambar sehingga 5MP. Aplikasi Lumia Camera yang terdapat padanya, membolehkan pelbagai kawalan manual kamera digunakan.

Lumia 640 XL LTE akan dijual di Malaysia bermula 13 Julai 2015 berharga RM999 termasuk GST, berbanding RM929 untuk versi 3G. Terdapat empat pilihan warna iaitu Biru Cyan, Oren, Putih dan Hitam.

 

Nokia 105

Tiga Warna Nokia 105 yang baru

Telefon yang sangat popular sebagai telefon pengganti atau simpanan ini, Nokia 105 kini menerima kemaskini. Versi asal Nokia 105 telah terjual sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia.

Kemaskini yang terdapat pada Nokia 105 yang baru ini adalah simpanan lebih besar sehingga 2,000 kenalan, kualiti bunyi yang dipertingkatkan, bercakap lebih lama sehingga 15 jam, dan masa bertahan bateri sehingga 35 hari. Ia juga menyokong penggunaan dwi-sim. Ciri-ciri ini pasti banyak membantu mereka yang perlu berjalan jauh.

Telefon Nokia 105 yang baru ini dijual pada harga RM89 sahaja, harga yang tak tercapai dek akal pemilik iPhone. Ia datang dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan putih.

Apa komen anda?