LG G4 tiba di Malaysia dalam versi kulit asli

Share Button

Setelah lama menyepi, LG Malaysia akhirnya mengumumkan ketibaan telefon pintar utama mereka, LG G4 ke pasaran Malaysia. LG G4 akan mula dijual di Malaysia bermula 4 Julai 2015 pada harga RM2499 termasuk GST. Harga ini adalah untuk model LG G4 yang didatangkan dengan penutup belakang menggunakan kulit asli.

Untuk jualan awal ini, LG Malaysia turut memberikan beberapa tawaran istimewa kepada pembeli terawal. Mereka akan menerima case penutup kulit asli, serta kit pengecasan bateri yang datang dengan bateri tambahan, bernilai RM580. LG Malaysia telah melantik Zitron Enterprise Sdn Bhd, sebagai pengedar LG G4 di Malaysia. Dengan rangkaian pengedaran yang luas di Malaysia, ia pasti boleh dibeli di pelbagai saluran rakaniaga Zitron kelak.

kemasan kulit asli LG G4

Secara ringkas, LG G4 adalah telefon pintar utama terbaru dari LG dengan teknologi terkini dan fungsi hebat. LG G4 menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 808 6-teras dengan sokongan 64-bit. Ia dilengkapi 3GB RAM LPDDR3. dan storan dalaman 32GB, dengan pilihan menambah storan melalui kad mikro-SD. LG G4 adalah antara satu-satunya telefon pintar utama, yang masih mengekalkan slot kad memori mikro-SD untuk penambahan storan.

Skrin LG G4 sebesar 5.5-inci, menggunakan paparan IPS Quantum dengan resolusi QuadHD 2560×1440, mejadikan kepadatannnya 538PPI. Skrin LG G4 sedikit melengkung, yang dipanggil ‘Slim Arc’. Ia menawarkan ketahanan 20% lebih baik, berbanding skrin rata jika terjatuh.

LG G4 - skrin lengkung

LG membawakan kamera belakang 16MP untuk LG G4. Kamera ini mempunyai apertur F1.8, lebih besar dari yang dimililiki Samsung Galaxy S6, dengan apertur F1.9. Ini membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap oleh sensor, untuk menghasilkan gambar lebih cerah. LG G4 juga dilengkapi penstabil imej OIS 2.0 yang lebih baik dari OIS+ sebelum ini. Aplikasi kamera boleh diaktifkan dengan pantas, dengan menekan butang di belakang dua kali.

kamera belakang LG G4

Untuk gambar selfie, LG G4 mempunyai kamera hadapan dengan sensor 8MP serta apertur F2.0. Ia disertakan dengan teknologi ‘Gesture Shot’ dari LG untuk mengambil gambar selfie yang sentiasa tajam. Kawalan untuk mengambil gambar juga boleh dibuat tanpa menekan butang di telefon, hanya membuka & menutup tangan dua kali, akan membuat LG G4 mengambil gambar secara automatik.

LG G4 didatangkan dengan sistem operasi terbaru dari Google, iaitu Android 5.1 Lollipop, yang pertama bagi peranti di pasaran kini. LG menggunakan antaramuka buatannya, UX 4.0 yang menjanjikan operasi lebih mudah dan intuitif serta lebih mesra penggunaan manusia. Ia mengurangkan langkah penggunaan, tetapi memberi lebih tetapan untuk pengguna yang mahukan lebih kawalan. LG turut menawarkan storan awan Google Drive sebanyak 100GB, untuk kegunaan pengguna selama 2 tahun secara percuma.

LG G4 mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh, yang boleh diganti sendiri oleh pengguna. Dikatakan, LG G4 boleh bertahan selama sehari dengan penggunaan biasa, 20% lebih lama daripada LG G3 sendiri. Ia juga boleh dicabut sendiri oleh pengguna, untuk digantikan bila-bila masa apabila kehabisan tenaga.

LG G4 dengan penutup belakang kulit asli, dijual di Malaysia pada harga RM2499 termasuk GST. Terdapat tiga pilihan warna kulit asli ini untuk dipilih, iaitu Hitam, Coklat dan Merah. Jangan lupa, hadiah istimewa berupa case penutup kulit asli dan kit pengecasan bateri bernilai RM580 menanti pembeli awal LG G4, sementara stok masih ada.

LG G4 kulit asli hitam coklat merah

Dapatkan lebih banyak info mengenai LG G4, di lamanweb LG G4 Malaysia.  Baca juga pandangan awal kami mengenai LG G4 di sini: Lengkung Itu Indah, Indah Itu Hanya Pada G4

 

Comments

Apa komen anda?