Lagi diskaun dan pengangkutan percuma Uber bulan Julai ini

Share Button

Mungkin anda membaca terlalu banyak berita Uber di Theskop baru-baru ini. Ini kerana Uber memberikan banyak promosi dan tawaran menarik kebelakangan ini, dan rakyat Malaysia sangat sukakan benda percuma!

Sekali lagi anda membaca berita Uber ini kerana, Uber memberikan tawaran menarik lagi. Pada Hari Jumaat 3 Julai dan Sabtu 4 Julai 2015, Uber memberikan pengangkutan percuma dari jam 6 pagi sehingga 12 tengahari. Tetapi pengangkutan percuma ini adalah sehingga RM25 sahaja. Apa yang penting, ianya tanpa had, sebanyak mungkin yang anda mampu gunakan.

Promosi UBERONTHEWEEKEND Julai 2015

Untuk mendapatkan tawaran ini, seperti biasa anda perlu memasukkan kod promosi ke dalam ruang Promotion di dalam aplikasi Uber. Kod promosi untuk tawaran percuma dua hari ini ialah UBERONTHEWEEKEND. Ianya sah apabila anda menerima notis pengesahan promosi dimasukkan ke dalam akaun. Jangan silap taip, pastikan UBERONTHEWEEKEND.

Jika anda rasa tidak sempat untuk menggunakan perkhidmatan Uber pada waktu yang ditetapkan, usah khuatir. Kerana promosi kedua Uber masih menanti kedatangan anda. Sepanjang bulan Julai ini, Uber merendahkan cas untuk pengangkutan uberX. Uber mengumumkan diskaun 20% untuk pengangkutan uberX sehingga 31 Julai 2015. Tiada kod promosi diperlukan.

diskaun 20peratus uberX Julai 2015

Kadar biasa uberX adalah RM2 bayaran asas, ditambah dengan 35sen/minit dan 70sen/kilometer. Dengan diskaun 20%, kadar promosi uberX menjadi RM1.50 untuk bayaran asas, ditambah dengan 30sen/minit dan 60sen/kilometer. Ini membolehkan anda pergi lebih jauh dengan kadar bayaran yang sama.

Kadar biasa uberXKadar biasa uberX

Kadar promosi uberX Julai 2015Kadar promosi uberX Julai 2015

Uber adalah perkhidmatan pemanduan peribadi, tanpa transaksi tunai. Semua pembayaran dibuat dalam talian, melalui kad debit/kredit yang didaftarkan terlebih dahulu ke dalam akaun. Kemudian, pengguna akan menerima resit melalui emel yang didaftarkan. Pengguna juga boleh meninggalkan reviu berkenaan pemandu dan pengalaman perjalanan mereka.

Uber boleh digunakan terus dari lamanweb www.uber.com ataupun melalui aplikasi mudahalih di iOSAndroid ataupun Windows Phone.

 

Apa komen anda?