Kelengkapan canggih menanti di ibupejabat baru CyberSecurity

Share Button

CyberSecurity Malaysia, adalah pusat pakar keselamatan kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). CyberSecurity Malaysia kini beribu pejabat di Seri Kembangan menjalankan pelbagai tugasan berkaitan keselamatan siber negara.

Demi menampung tugasan yang kian berkembang, CyberSecurity mengumumkan pembinaan ibupejabat dan pusat inovasi baru, di atas tanah seluas 4-ekar yang terletak di Cyberjaya. Pembinaan ini dilakukan secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili MOSTI, dengan Gagasan Piramid Sdn Bhd. Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Timbalan Menteri MOSTI di majlis perasmianTimbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (tiga dari kanan) merasmikan majlis

Bangunan tersebut yang diberi nama Pusat Inovasi CyberSecurity, akan menempatkan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Standards Malaysia, MyNIC serta Bahagian Keselamatan Siber, Majlis Keselamatan Negara. Dengan penempatan agensi berkaitan dalam satu bangunan, ia bakal memudahkan lagi tatacara keselamatan siber negara.

Pusat Inovasi CyberSecurity akan menempatkan infrastruktur dan kelengkapan teknologi terkini, bagi tujuan penyelidikan, penyiasatan dan aspek polisi keselamatan siber di dalam negara. Ia akan menjadi aset utama negara dalam memastikan keselamatan siber negara dilindungi, sekaligus memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, berpengtahuan dan dengan ekonomi yang dijana oleh inovasi.

CyberSecurity Malaysia juga akan mengadakan acara Anugerah, Persidangan dan Pameran tahunan meraka, CSM-ACE 2015 yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 September 2015. CSM-ACE adalah acara tahunan keselamatan siber terbesar di Malaysia. Tahun ini, ia membawakan tema “Menghubungkan Dunia – Menuju Hijau Siber”. Untuk maklumat lanjut tentang CSM-ACE 2015, layari lamanweb www.csm-ace.my

Bangunan baru CyberSecurity serta agensi kerajaan

Apa komen anda?