Jalan-jalan cuci mata di Malaysia Timur dengan Google Street View

Share Button

Menikmati pemandangan menarik atau berjalan-jalan di Sabah & Sarawak, kini menjadi lebih mudah dengan kemaskini terbaru Google Maps. Google Malaysia hari ini melancarkan Street View untuk jalan-jalan awam di Sabah & Sarawak untuk digunakan penduduk di seluruh dunia.

Street View di Malaysia diperkenalkan pada September tahun lalu. Hampir 80% pemandangan jalan awam di Sabah dan Sarawak kini boleh dilihat menerusi Streeet View. Ini termasuk lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan-jalan persekutuan, pusat bandar serta kawasan perumahan. Imej-imej itu turut menunjukkan beberapa jalan kecil yang dirakam menggunakan Street View Trekker iaitu sistem kamera disandang di belakang (backpack-mounted).

Google Image Trekker Backpack Google Street View Trekker backpack

Antara yang menarik untuk Street View di Sabah dan Sarawak adalah imej panoramik pertama Google bagi Taman Negara Mulu, yang merupakan tapak warisan UNESCO yang terkenal dengan formasi batu kapurnya. Imej tersebut telah dirakam dengan menggunakan Street View Trekker, Taman Negara Mulu kini merupakan sebahagian daripada koleksi khas yang mempamerkan Taman Negara, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan sebagainya.

Google Maps Street View Gunung Mulu 002 Google Maps Street View Gunung Mulu 003

Di dalam Google Maps, di kawasan yang terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, menuju ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps pula, orang ramai boleh mencari destinasi tempatan atau menerusi akses kepada imej Street View, melalui karusel imej (imagery carousel) yang terdapat di bawah skrin.

Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.

Kereta 4x4 Google Street View

Google Malaysia akan terus memandu dan menjejaki jalan di seluruh negara dengan objektif merakam imej-imej dikemaskini secara kerap dalam beberapa tahun akan datang.

Layari maps.google.com.my atau lancarkan aplikasi mudahalih Google Maps di peranti pintar untuk memulakan pengembaraan.

 

Apa komen anda?