iPhone 6 lebih murah di jualan penghabisan stok Machines 2015

Share Button

Anda sering mengimpikan untuk memiliki produk Apple tetapi tidak terjangkau dek harganya? Mungkin jualan penghabisan stok Machines hujung minggu ini adalah tempat anda merealisasikan impian ini.

Machines, salah satu pengedar produk Apple di Malaysia, akan mengadakan jualan penghabisan stok terhadap produk Apple yang telah diperbaiki (refurbished) ataupun produk paparan demo, pada harga lebih rendah dari biasa. Jualan ini akan bermula dari hari Jumaat 31 Julai sehingga 2 Ogos 2015, dari jam 10 pagi hingga 7 malam, bertempat di The Space @ Citta Mall. Tetapi khas untuk pemegang keahlian Machines, mereka diberi peluang membeli sehari lebih awal, pada hari Khamis 30 Julai 2015.

Banner Warehouse Sale Machines 2015

Pelbagai produk Apple serta aksesori terdapat pada jualan penghabisan stok ini. Telefon pintar iPhone 6 yang diperbaiki semula boleh didapati dari serendah RM2,432, manakala iPhone 6 Plus bermula dari RM2,813. iPad mini 3 set demo pula dijual berharga RM949 dan iPad Air 2 pula RM1187.

Terdapat juga komputer seperti MacPro set Demo dijual berharga RM7,979 dari harga asal RM11,399 ataupun Mac mini set demo berharga RM1,049 dari harga asal RM1,499. Set demo MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina pula diberi diskaun RM1,200 menjadi RM2,799 dan MacBook Air 11″ mendapat diskaun RM840 menjadi RM1,959.

Jika anda sudahpun memiliki produk Apple, mungkin aksesori dengan harga diskaun menarik minat anda. Pelbagai casing untuk iPhone 5/5s boleh didapati dari serendah RM10. Manakala casing iPhone 6/6 Plus pula bermula dari RM40. Terdapat juga sleeves untuk Macbook serta pelbagai jenis powerbank boleh didapati pada harga lebih rendah. Produk audio turut disenaraikan dengan harga diskaun.

Beberapa perkara perlu diambil perhatian pada jualan penghabisan stok ini. Semua harga yang disenaraikan sudah termasuk GST 6%. Hanya bayaran tunai dan kad kredit Amex, Visa & MasterCard sahaja diterima, dengan belian minima RM200 untuk kad kredit. Kad Debit tidak diterima. Untuk set demo Apple, hanya satu unit boleh dibeli setiap seorang.

Maklumat lanjut mengenai jualan Machines ini, boleh didapati lamanweb Machines Warehouse Clearance 2015.

Machines Warehouse Clearance 2015 - 001 ipod Machines Warehouse Clearance 2015 - COVER Machines Warehouse Clearance 2015 - 002 MacBook Pro Mini Machines Warehouse Clearance 2015 - 003 aksesori

 

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?