Internet tanpa had kini dengan pek Prabayar Digi Smart baru

Share Button

Nampaknya perang internet di Malaysia semakin hangat, selepas saranan kerajaan meminta syarikat telekomunikasi mengurangkan harga internet. Selepas pengenalan internet tanpa had (walaupun lambat) yang dimulakan oleh #Hotlink dan diikuti Xpax MagicSim, hari ini Digi menyertai arena ini dengan pengenalan prabayar Digi Smart Prepaid yang baru.

Prabayar Digi Smart yang baru memberi internet asas yang membolehkan penggunaan aplikasi yang ringan data seperti Facebook Lite, Twitter dan melayari internet dengan kelajuan 64kbps. Di samping itu, Digi memberikan permesejan sosial tanpa had, di Wechat, Whatsapp, Line dan juga Kakotalk termasuk menghantar gambar dan video, tetapi tidak termasuk panggilan internet.

free internet sozial buddyz Digi Smart Prepaid

Pek permulaan Prabayar Digi Smart berharga RM10, dan datang dengan kredit RM7 yang aktif selama 7 hari. Digi juga akan memberikan kredit bonus sebanyak RM9, yang akan diberikan dalam bentuk RM3 setiap bulan selama 3 bulan. Kredit RM3 ini mempunyai masa aktif selama 15 hari.

Antara perkara menarik dalam prabayar Digi Smart yang baru ini adalah, panggilan dan SMS tanpa had kepada 3 orang kenalan Buddyz yang menggunakan talian Digi. 3 kenalan Buddyz ini boleh ditetapkan dengan mendail *128*1*8#.

Digi new Smart Prepaid Internet rate

Walaupun Digi mengatakan internet asas pada prabayar Digi Smart adalah tanpa had, ianya masih tertakluk di bawah Polisi Penggunaan Samarata (FUP) sebanyak 1GB setiap bulan. Jika anda perlukan lebih banyak data, ia boleh dilanggan dari serendah RM1 sehari untuk 20MB internet berkelajuan tinggi, sehinggalah RM48 sebulan untuk 3GB data.

Kadar yang dikenakan bagi pengguna prabayar Digi Smart ialah 30sen seminit untuk panggilan, dan 8 sen untuk setiap SMS ke semua rangkaian.

Digi new Smart Prepaid rate

Untuk maklumat lanjut berkenaan prabayar Digi Smart yang baru ini, layari lamanweb Digi Smart Prepaid sekarang.

Apa komen anda?