HTC E9+, ada 2 sim & rakaman video 4K

Share Button

Dengan lensa 27.8mm, rakaman video 4K, sensor BSI dan resolusi kamera 20MP, tidak keterlaluan untuk mengatakan HTC E9+ (dual sim) adalah telefon baik untuk tujuan fotografi amatur.

Kamera depan pun tidak kurang hebat, HTC mengekalkan UltraPixel.

Ia berharga RM1,899 dan mula dijual sekarang dengan pilihan warna emas ros & emas sapphire.

IMG-20150730-WA032

Rekaannya nampak menarik, bahagian belakang tidak licin dan aluminium depan bagi badan depan.

Dengan skrin 5.5 inci jenis QHD (1440 x 2560piksel), HTC E9+ ini mempunyai 2 slot kad sim jenis nano, cukuplah bagi mereka yang mempunyai dua nombor berlainan.

Cuma, HTC menggunakan prosesor jenis MediaTek Helio X10 8-teras, 2GHz pada 64-bit.

Dari aspek memori, E9+ mempunyai kapasiti 32GB dan RAM sebanyak 3GB. Slot kad mikrosd disertakan dan berupaya menampung kapasiti hingga 2TB.

Bunyinya kekal BoomSound (Dolby Audio) dengan dua pembesar suara di depan.


Dan sudah pasti, sistem operasi kekal Google Android 5.0 dengan Sense baru.

Apa komen anda?