HP perkenal laptop premium Spectre x360 yang berputar 360-darjah

Share Button

Bersama pengenalan HP Pavilion x2, HP Malaysia turut melancarkan laptop serba boleh premium, laptop HP Spectre x360 bagi mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi. HP Spectre x360 adalah laptop yang nipis dan ringan dengan rekaan yang menarik, selain berprestasi tinggi.

HP Spectre x360 adalah laptop produktiviti berkuasa tinggi, mod tablet yang mudah dibawa, mod khemah untuk bermain dan mod berdiri untuk menonton hiburan, semuanya dalam satu peranti. Skrinnya boeh diputarkan 360-darjah untuk digunakan di dalam pelbagai mod, mengikut keinginan pengguna.

HP Spectre x360 sisi depan kiri HP Spectre x360 sisi depan kanan

Laptop HP Spectre x360 menggunakan kerangka aluminium CNC. Tebalnya hanya 15.9mm, dengan berat hanya 1.5kg sahaja. Kemasan tepinya menyerupai besi yang digilap, membuatkan ia kelihatan seperti barang kemas perak yang asli.

Papankekunci pada HP Spectre x360 bersaiz penuh, memberikan pengalaman  menaip yang sama seperti desktop. Ia juga dilengkapi touchpad kaca yang lebar yang mudah digunakan.

Laptop ini datang dengan skrin sentuh sebesar 13.3-inci, dengan pilihan resolusi HD Penuh atau QuadHD. Tetapi ini tidak menghalang bateri pada Spectre x360 menguasakan peranti sehingga 12.5 jam lamanya.

HP Spectre x360 diratakan

Terdapat pelbagai port untuk sambungan ke laptop HP Spectre x360. Ia mempunyai 3x port USB 3.0 dengan fungsi mengecas ketika mod tidur. Ia turut dilengkapi port HDMI bersaiz penuh dan Displayport 1.2 untuk paparan luar serta pelbagai. Teknologi Intel Wireless Display turut terbina di dalam, untuk sambungan paparan luar tanpa wayar.

HP Spectre x360 datang dalam tiga model yang dilengkapi CPU dan storan berbeza. Senarai lengkap adalah seperti berikut:

Intel Core i5, Skrin Sentuh HD Penuh, 8GB RAM & 128GB SSD: RM3,999
Intel Core i7, Skrin Sentuh HD Penuh, 8GB RAM & 256GB SSD: RM4,999
Intel Core i7, Skrin Sentuh QuadHD, 8GB RAM & 512GB SSD: RM5,999

Pelancaran produk pengguna HP Spectre x360

Apa komen anda?