Google Ignite sedia peluang latihan industri buat graduan

Share Button

Google Malaysia hari ini mengumumkan Google Ignite, sebuah program latihan ke latihan industri (training to internship) yang menumpukan kepada pembangunan kemahiran pemasaran digital berasaskan platform Google, termasuk pensijilan kepada pelajar yang terpilih.

Sebanyak tujuh universiti tempatan terlibat dalam program ini iaitu Universiti Limkokwing, Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Multimedia, Universiti Malaya, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Taylor dan juga Universiti Sunway.

Google Ignite University Partner

Program Google Ignite ini akan bermula dari bulan Julai 2015 sehingga Oktober 2015. Google juga akan mengadakan pameran kerjaya disertai 150 pelajar & graduan dengan pencapaian cemerlang untuk ditempatkan dalam latihan industri di agensi-agensi digital terbesar di Malaysia.

Semua pelajar yang menyertai program Google Ignite ini, akan menerima pensijilan Google Adwords, yang pastinya dapat membantu mereka dalam permohonan kerja di tempat lain.

Google Ignite Streamline Program

Kaji selidik ‘Barometer Pengguna Google’ menunjukkan, 74% ataupun 3 dari 4 orang pengguna Malaysia, menggunakan Google Search untuk mencari maklumat sebelum sebarang pembelian dibuat. Manakala 67% rakyat Malaysia mengakses internet terus dari telefon pintar mereka. Ini menunjukkan penggunaan peranti mudahalih adalah pilihan utama rakyat Malaysia untuk berhubung.

Google merancang untuk menjadikan program Google Ignite ini sebagai program tahunan dan melibatkan lebih banyak pusat pengajian tinggi, terutama yang berada di luar Lembah Klang, untuk melahirkan lebih banyak graduan mahir digital.

Sepanjang tempoh program, Google akan menyediakan sumber pembelajaran dalam talian untuk pembelajaran sendiri, serta latihan dalam universiti bagi Google Adwords untuk memastikan pelajar layak & berpeluang menjalani latihan industri di syarikat terkemuka di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai program Google Ignite ini boleh didapati dengan melayari lamanweb www.google.com.my/landing/ignite

Google Ignite dilancarkan

Trackbacks

  1. […] Google Ignite dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai lepas. Ia merupakan sebuah program latihan selama 3 bulan, yang menumpukan kepada […]

Apa komen anda?