Dapatkan Mi Note lebih pantas dengan bantuan Uber

Share Button

Phablet Mi Note baru dilancarkan di Malaysia semalam, dan ia akan boleh mula dibeli di lamanweb www.mi.com pada 28 Julai 2015, iaitu hari Selasa minggu depan. Tetapi, Xiaomi ingin merealisasikan impian anda lebih pantas, dengan kerjasama pemandu peribadi Uber.

Xiaomi hari ini mengumumkan kerjasama dengan Uber, untuk membawakan tempahan Mi Note kepada pembeli di Kuala Lumpur dan Singapura, lebih pantas dari hari jualan dalam talian. Uber akan membantu Xiaomi menjual Mi Note pada hari Isnin, 27 April 2015 jam 12 tengahari, iaitu sehari lebih awal dari tarikh jualan dalam talian.

Mi Note x UberKL

 

Cara untuk membeli Mi Note melalui Uber, sangat mudah jika anda biasa menggunakan aplikasi Uber. Pada hari Isnin akan datang, hanya buka aplikasi Uber dan pilih kenderaan Xiaomi (yang akan memaparkan kereta berwarna Oren) dan tekan butang REQUEST. Kemudian, pembeli akan dicaj terus harga Mi Note dari kad kredit yang terdapat pada akaun pengguna Uber, dan pemandu Uber akan menghantar tempahan secepat mungkin. Semua proses ini sama seperti anda memesan pengangkutan Uber.

Dalam twitter @XiaomiMY, ia melaporkan pembelian awal Mi Note melalui Uber ini hanya terhad di beberapa tempat di Kuala Lumpur: KL City Centre, Bangsar, Bandar Utama, TTDI, Damansara Heights, Mid-Valley City, Petaling Jaya dan Mont Kiara.

Xiaomi menjual Mi Note di Malaysia dengan storan 64GB pada harga RM1549 termasuk GST. Mi Note dilengkapi CPU Snapdragon 801 4-teras 2.5Ghz dan 3GB RAM. Ia mempunyai skrin IPS 5.7-inci HD penuh. Badannya menggunakan kerangka besi, dengan kaca sedikit melengkung di hadapan dan belakang.

Mi Note - spesifikasi dan harga FB

Kamera belakang Mi Note beresolusi 13MP dengan apertur f/2.0 serta penstabil imej optikal (OIS) dan dwi-tona Flash LED. Kamera hadapan pula hanyalah 4MP, dengan sensor lebih besar dari biasa, iaitu 2-mikron piksel. Baterinya berkapasiti 3000mAh dengan tekknologi pengecasan pantas.

Jika anda tidak berkesempatan membeli Mi Note melalui Uber pada 27 Julai, anda boleh mendapatkannya pada 28 Julai jam 12 tengahari di lamanweb www.mi.com/my. Lawati juga Facebook Mi Malaysia dan twitter @XiaomiMY untuk peluang mendapatkan F-Code, dan membeli Mi Note terus tanpa perlu beratur pada 28 Julai 2015.

Mi Note - depan COVER Mi Note - belakang kaca

Apa komen anda?