Celcom perkenal keajaiban kedua prabayar Magic SIM

Share Button

Celcom pada pelancaran pek prabayar terbaru mereka iaitu Magic SIM, telah menjanjikan keajaiban baru setiap bulan. Keajaiban bulan pertama, adalah pelancaran prabayar Magic SIM itu sendiri. Kini masuk bulan kedua, ia mengumumkan keajaiban kedua, iaitu menonton filem strim dalam talian secara percuma.

Sebanyak 6 filem percuma boleh ditonton dalam talian, scara strim melalui portal strim video Celcom sendiri, iaitu Celcom Escape. 6 filem ini dibariskan sebagai filem S.A.L.O.M.A iaitu:

  1. Superman Returns
  2. American Sniper
  3. Lemak Kampung Santan
  4. Ocean’s Eleven
  5. Main Hoon Na
  6. Agneepath

6 filem SALOMA percuma untuk Magic SIM

Untuk menontonnya, pengguna Magic SIM perlu menggunakan kod promosi yang diberikan melalui SMS, di portal Celcom Escape. Pilih filem yang ingin ditonton, kemudian masukkan nombor telefon Magic SIM serta kod promosi yang diperolehi menerusi SMS tadi. Kemudian, lunjurkan kaki di atas sofa yang empuk dan nikmati tayangan filem ini. Menarik bukan?

Tawaran filem percuma ini sah sepanjang bulan ini, sehingga 31 Julai 2015. Dapatkan maklumat lanjut di lamanweb MagicBox Magix SIM. Nantikan lagi keajaiban baru prabayar Magic SIM oleh Xpax pada bulan hadapan.

 

Apa komen anda?