Berhenti sebar berita palsu di media sosial atau meringkuk dalam penjara

Share Button
[Gambar dari Malaysiakini]

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini mengeluarkan notis di dalam Facebook mereka, tentang peringatan melarang penyebaran maklumat palsu. Tetapi, notis ini khas menyebut larangan tentang menyebarkan maklumat palsu mengenai 1MDB.

SKMM menasihatkan agar orang rmai berhenti menyebarkan sebarang bentuk gambar yang diubahsuai, berita tidak sahih dan juga sebarang spekulasi tentang permasalah 1MDB yang kini di dalam siasatan pihak berkuasa di Malaysia. Nasihat ini tidak terhad kepada laman sosial seperti Facebook dan Twitter sahaja, malah melalui aplikasi permesejan seperti Whatsapp.

Menurut SKMM, adalah menjadi satu kesalahan apabila seseorang berkongsi atau menyebarkan perkara dan kandugan yang belum terbukti kesahihannya. Perkara ini adalah satu kesalahan kerana ia mungkin melanggar undang-undang negara, khususunya menurut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih dari satu tahun penjara.

Ingat, adalah menjadi kesalahan jika seseorang menyebarkan sebarang berita palsu dan tidak sahih. Hal ini tidak terhad kepada perkara berkaitan 1MDB sahaja, malah apa jua berita yang lain, samada palsu atau belum mendapat kesahihan.

Beringat sebelum kena. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post Facebook, edit pun boleh dikesan semula.

[SUMBER]

Notis Facebook SKMM melarang penyebaran berita palsu 1MDB

Apa komen anda?