6 sebab memiliki iphone 6 melalui Maxis

Share Button

Hari raya bakal tiba, pasti ramai yang ingin bergaya. Pelbagai juadah untuk semua, lebih meriah dikongsi bersama. Bertemu semua sanak-saudara, bergambar selfie kini menjadi budaya. Tetapi ia pasti tidak lengkap, jika tiada telefon pintar yang canggih dilengkapi talian pantas dan stabil untuk berhubung ke internet.

Berbicara tentang telefon pintar canggih, pasti ramai yang mula terfikir tentang Apple iPhone 6 atau 6 Plus. Tetapi harganya yang sedikit di luar jangkauan, menangguhkan hasrat sesetengah pengguna untuk memilikinya. Kerana itu, Maxis hadir dengan program tukar-tebus telefon lama kepada iPhone 6 dan 6 Plus, untuk menjadikan impian kepada kenyataan.

Logo Maxis 800p

 

Tetapi mengapa Maxis? Kami senaraikan 6 sebab anda perlu mendapatkan iPhone 6 atau 6 plus melalui Maxis di bawah ini.

 

1. Tukar tebus apa jua telefon walaupun rosak dengan nilai minima RM200 + RM100

Maxis menerima apa jua telefon lama anda untuk ditukar tebus menjadi iPhone 6 atau 6 plus. Malah, Maxis membayar harga yang tinggi untuk telefon lama anda, dari serendah RM200 untuk apa jenis telefon kurang pintar, walaupun ia tidak lagi berfungsi. Pengguna baru Maxis juga akan menerima bonus tambahan RM100, dalam bentuk rebat RM50 dalam bil selama dua bulan.

Pautan: www.maxis.com.my/en/personal/devices/iphonetradeup.html

 

2. Rangkaian telekomunikasi terbaik di Malaysia

Dengan lebih 98% liputan 3G dan 4G di Malaysia, capaian Maxis di mana-mana pelusuk di Malaysia telah terbukti kehebatannya. CTO Maxis, Morten Bangsgaard sendiri telah mempertaruhkan nyawanya untuk membuktikan kepantasan dan kestabilan rangkaian Maxis, dalam pelbagai siri ujian Man vs Network.

Pautan: www.maxis.com.my/en/personal/internet/fastest-and-widest-data-network.html

 

3. Tiada lagi kejutan bil

Mungkin anda pernah dengar keluhan pengguna yang dicaj sehingga RM20,000 pada bil telefon, gara-gara tidak menetapkan tetapan bersesuaian ketika berada di luar negara. Maxis menjanjikan tiada kejutan bil sebegini, walaupun anda menggunakan perayauan internet di luar negara. Dengan perayauan data antarabangsa Maxis di 106 negara, pengguna hanya dicaj kadar rata RM38 sehari. Tiada lagi bil melampau.

Pautan: www.maxis.com.my/en/personal/services/addons/idd-and-roaming/international-roaming.html

 

4. Maxis menyokong perayauan data 4G LTE

Dengan Maxis, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan perayauan data, dengan internet berkelajuan tinggi 4G LTE, pada kadar rata yang sama. Perayauan data 4G LTE Maxis kini terdapat di 16 negara seperti Australia, China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Pautan: www.maxis.com.my/en/personal/services/addons/idd-and-roaming/international-roaming.html

 

5. Spotify Premium percuma untuk pengguna Maxis

Maxis sekarang menawarkan pengguna Spotify Premium secara percuma kepada pengguna yang melanggan perkhidmatan internet 1GB dan ke atas. Pengguna juga tidak akan dicaj penggunaan data, untuk sebarang penggunaan data melalui aplikasi Spotify. Tawaran ini akan berakhir pada 30 September 2015.

Pautan: www.maxis.com.my/en/personal/plans/maxis-spotify.html

 

6. Panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia

Maxis adalah satu-satunya penyedia yang menawarkan pelan panggilan dan SMS tanpa had, ke semua rangkaian di Malaysia. Ia ditawarkan melalui pelan MaxisOne, dan datang bersama 2GB internet berkelajuan tinggi 4G LTE. Pengguna juga boleh berkongsi penggunaan panggilan dan SMS tanpa had ini bersama keluarga, dengan pelan MaxisOne Share serendah Rm30 sebulan.

Pautan: www.maxis.com.my/maxisONE

 

Dengan tawaran hebat dari Maxis ini, pasti ia menjadikan pemilikan iPhone 6 atau 6 Plus lebih mudah. Tunggu apa lagi, segera ke pusat servis Maxis berdekatan untuk mendapatkan iPhone 6 idaman anda. Layari lamanweb www.maxis.com.my untuk maklumat lanjut.

Comments

Apa komen anda?