10 iklan YouTube paling menarik di Malaysia tahun ini

Share Button

Hari ini, Google Malaysia mengumumkan kedudukan iklan YouTube paling popular di Malaysia, di antara bulan Januari hingga Jun 2015. Senarai ini membariskan 10 iklan di YouTube yang paling memberi kesan kepada penonton di seluruh negara selama 6 bulan pertama tahun ini.

Kedudukan ini meraikan jenama yang memperlihatkan persembahan terbaik di Malaysia, menerusi kombinasi populariti dan promosi. 10 iklan tertinggi ini adalah:

#

Jenama

Tajuk

Agensi Media & Kreatif

1.

Malaysia Airlines

BLESSINGS, A Malaysian story – #keepflying – Chinese New Year 2015 short film (11:52)

Agensi Media: Rally Worldwide

2.

Hotlink

Hotlink 恭喜發財: Grannies Sing Ohhsome Hotlink CNY Song! (2:46)

Media: Mindshare

Kreatif: APD

3.

Maxis

Maxis CNY 2015 TVC #ThisIsMyName (3:47)

Media: Mindshare

Kreatif: Leo Burnett

4.

Tesco

Tesco #Ongmali 2015 CNY Commercial (0:48)

5.

Tenaga Nasional

Share the Lights – Tenaga Nasional / TNB – Chinese New Year / CNY 2015 (2:00)

Kreatif: Leo Burnett

6.

Nestle Koko Krunch

Nestle Koko Krunch | Watch the Minions get up to their usual mischief! (0.20)

7.

Honda

2015 All-New Honda HR-V – See Amazing From Every Angle (TVC) (0.30)

Media: Dentsu Media

Kreatif: Dentsu Utama

8.

Knife

刀标油感人短片 – 加油 | Add Oil – A short film by Knife (10.00)

9.

Samsung

Road To Ramlee – Episode 2: Ragam Ujibakat (Audition Antics) (8.21)

Agensi Media: Starcom MediaVest Group

Agensi Kreatif: Leo Burnett

10.

11street

11street: “WE MEET AGAIN” starring Lee Min Ho and Emily Chan (0.30)

 

Dari semua iklan ini, dapat dilihat beberapa trend yang menjadi kegemaran penonton. Antaranya berkaitan perayaan. Tahun Baru Cina disambut dalam 6 bulan pertama ini, jadi tidak mengejutkan apabila separuh dari iklan dalam senarai ini berkaitan dengan perayaan ini. Kisah penuh emosi seperti keluarga, balik kampung dan nostalgia tahun baru menampilkan jalan cerita hebat.

Kedudukan teratas ini turut menunjukkan, iklan digital direka dengan format khusus buat penonton YouTube. Kesemua iklan ini lebih panjang dari waktu iklan biasa, iaitu 30 saat. 3 iklan pula melepasi 7 minit dan yang terpanjang menghampiri 12 minit. Penonton YouTube akan terus menonton video yang panjang, asalkan ia menarik dan mempunyai tarikan emosi.

Pengumuman 10 iklan youtube terbaik Malaysia 2015 Dari Kiri: Wong Siew Lai (11street), Mohd. Hisham Saleh (MAS), Sulin Lau (Maxis) dan Sajith Sivanandan (Google Malaysia)

Paling utama, kesemua iklan ini mempunyai kualiti di tahap perfileman. Iklan maxis dirakam dengan penuh kreatif serta suara penuh bermakna. Lebih menunjukkan ciri-ciri filem pendek daripada iklan. Iklan 10 minit Knife pula mengisahkan tentang anak perempuan yang berbaik semula dengan ibunya dahulu, kemudian diikuti promosi minyak masak. Kesemua jenama ini mengambil lebih masa memastikan jalan cerita hebat dipaparkan, lebih dari iklan. Kerana itulah sebab orang menonton YouTube.

Kesemua iklan yang dihasilkan ini turut menunjukkan bakat kreatif digital yang terdapat dalam industri pengiklanan Malaysia masakini. Digital bukan sahaja satu teknologi, tetapi kebebasan untuk jenama & agensi menjadi lebih kreatif.

 

Apa komen anda?